Thursday, August 19, 2010

STIR-FRIED SAYUR KACANG BUNCIS

Assalammualaikum Wr Wb

Bila tiba jer bulan puasa ni, tentu ramai yang duduk terfikir nak masak apa.
Ada yang ambik jalan mudah.
Lauk tunjuk jawabnya.
Bazaar Ramadan pat Singapura ni pun merata2.
Ada yang masak sekali harum untuk buka dan sahur.
Ada juga yang masak untuk buka lain, yang untuk sahur lain.
Kita jatuh dikategori yang terakhir. LOL!
Dalam rumah ni, apa yang dimasak untuk buka, akan habis waktu buka tu jugak.
Sahur kalau ada belen2 kuah pun dah kira bagus.
Jadi kenalah masak lagi untuk sahur.
Yang penting habis, tak membazir dah Alhamdulillah.

Nasib baiklah sahur budak2 ni semua makan setengah sedar.
Jadi lauk apa yang dimasak pun dorang tak banyak soal.
Dan lauk sayur buncis ni lah yang selalu kita buat. 
Dah 7 hari straight kita buat.
Habis jugak, so maknanya ok lah kan...

Lauk ni boleh dipelbagaikan bahan2 nya.
Kadang2 kita tambah udang kering, fishcake atau hotdog atau telur scramble.
Terpulang pada anak tekak masing2 dan kehadiran bahan2 tersebut dalam peti ais anda yer...

Personal favourite of mine because of it's crunchiness. 

STIR-FRIED SAYUR KACANG BUNCIS


maaf tiada gambar bahan2 dan cara2nya kerana buat pagi2 buta masa nak prepare sahur.
Tak kuasa nak petik banyak2 gambar.

Bahan-bahannya:

sebungkus sayur kacang buncis (kita beli pat NTUC Fairprice, dah siap bungkus. tak tau berapa banyaknya)
1 biji bawang besar - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
1 batang cili merah - dihiris
1 batang cili hijau - dihirs
2 sudu besar sos tiram
sebiji telur discramble
gula, garam dan serbuk perasa

Cara-caranya:

Panaska minyak dan dengan ungkapan Bismillahhirohmannirahim, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga naik bau lalu masukkan cili merah dan hijau.
Masukkan sos tiram, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau sebati.
Masukkan sayur dan telur yang telah discramble.
Kacau hingga sebati.

Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.
Alhamdulillah

Wassalam
 

No comments:

Post a Comment