Did this last thursday.
Tetapi oleh kerana kesibukan yang teramat sangat maka tertunggak lah ia.
Haa....bukan sahaja segala macam bil dan hutang boleh tertunggak tau.
Posting resepi pun boleh. LOL!
Cuma sayang tak masak banyak2 pasal rumah ni,
budak2 ada 'segan' sikit nak makan ikan.
Daging pulak dorang 'hormat', tak makan.
Kalau ayam...hari2 masak pun tak jelak. LOL!
Resepi ni sama macam sambal2 lain.
Tetapi oleh kerana kita ni budak mentah dalam masakan jadi kita post ajelah
bagi mereka yang sewaktu dengan kita.
Sama2 kita belajar ye.....
Cuma kalau boleh, kita nak hampuk penjual ikan yang jual ikan kerisi ni pat kita.
Dah disuruh siangkan ikan tu, tapi dia ala kadar je.
Terpaksa lah kita siang balik pat umah.
Another virgin experience for me when I have to de-scale the fish.
Apa2 pun, ini lah dia,
SAMBAL IKAN KERISI
nampak je berselerak tapi kalau makan dengan nasi putih panas2...terantuk Cik Leha..... |
Bahan-bahannya:
4 ekor ikan kerisi - bersihkan, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam lalu digoreng.
8 tangkai cili kering - dikisar (kalau tahan pedas, tambah lah ye...)
3 ulas bawang putih - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
1" belacan - dikisar
1 biji bawang besar - dihiris bulat
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa (kita lebihkan gula. Biasalah Orang Boyan, sambal kalau tak manis tak sah)
Cara-caranya:
(maaf takde gambar...battery camera kita tiba2 innalillah....)
Panaskan minyak.
Dengan ungkapan Bismillahhirohmannirahim, masukkan bahan2 kisar.
Masak hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, hirisan bawang besar dan gula.
Tumis lagi sampai masak. Sekali sekala gaul2 supaya sambal tak hangus.
Bila sambal dah betul2 masak, minyak dah terbit, masukkan ikan dan garam.
Bila semua dah gaul rata, matikan api.
Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang
Alhamdulillah....
Wassalam
No comments:
Post a Comment