Monday, August 23, 2010

STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS

Assalammualaikum Wr Wb...

Did this for Iftar today.
After the Nasi Beriani and gang episdoe yesterday, I decided to do something way easier.
Lagi senang lagi bagus.
Kalau tak kerana belen2 sifat rajin yang masih tinggal dalam diri kita ni,
kita dah telefon Mc Delivery agaknya.

Resepi ini rupanya da menjelajah banyak blog jugak.
Got it from Kak Maz at ilhamdapur.blogspot.com (click) who in turn got it from MyResepi.

Amat sesuai bagi budak yang baru balik dari sekolah dan mak2 belum sempat/malas masak.
Resepi ini memerlukan Fish Sauce. 
Memandangkan kita tak ada, kita derhaka dengan menggantikan ia dengan Oyster Sauce.
Itu pun dah sedap.
Kalau pakai fish sauce macam mana resepinya suruh, jangan kata budak2,
Bapak budak pun suka agaknya. 
And to suit my taste bud, I furthur derhaka by tweaking the recipe a bit.

STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS
Resepi dari: Kak Maz (ilhamdapur.blogspot.com)


Bahan-bahannya:

12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia - dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu
1 sudu perencah Pasti Seda KNORR - dibancuh dengan sedikit air (kalau takde takpe. kita saja2 tambah.)

Cara-caranya:



Panaskan minyak masak dan dengan ungkapan Bismillahhirohmannirahim,
masukkan halia dan bawang putih.





Kemudian terus masukkan ayam dan goreng selama 5 minit.




Masukkan segala macam sos dan bancuhan serbuk perasa Pasti Sedap.
Kacau rata, tutup periuk, dan masak selama 15 min dengan api yang sederhana. Gaul sekali sekala. 



Nota: Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken.
 
Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.
Alhamdulillah.

Jangan kata lepas terawih.
Lepas je lagu nasyid Ya Karim yang selalu main pat radio Warna selepas azan berbuka, 
ayam pun selesai dikerjakan.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment