Wednesday, August 11, 2010

AYAM MASAK KICAP

Assalammualaikum Wr Wb...

Alhamdulillah.
Syukur pada Mu, Ya Robbul Izzati.
Bertemu kembali kita semua dengan Bulan Ramadan yang penuh barakah.
Semoga semua amal ibadah yang kita lakukan akan diterima Allah S.W.T.
InsyaAllah.

Earlier on, I did this for dinner merangkap sahur for later.
Rasa-rasanya semua masak kicap sama lah kan.
Asasnya tak lari.
Cuma sama ada yang berkuah atau yang pekat.
Kita suka di tengah2.
Adil lah katakan.
Kalau tak adil nanti kubur sempit. LOL! (miss the person who keep telling me this. adalah...)

AYAM MASAK KICAP

maafkan daun sup yang kasar tu ye. Tak kuasa nak potong halus2 buat hiasan. LOL!

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam - dipotong kecil2, lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng lembap.
1 labu bawang besar - dikisar
2 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih -
dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1-2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap pekat -
kita pakai yang manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap manis cair
minyak untuk menumis













Cara-caranya:



Panaskan minyak dan dengan ungkapan Bismillahhirohmannirahim,
masukkan bahan2 kisar. Tumis hingga naik bau.



Masukkan cili kering kisar. Gaul sebati dan tumis hingga pecah minyak.




Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis, sos cili dan sos tomato. Gaul hingga sebati. (maaf tak taruk gambar2 sos2 lain.) Masukkan pula garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa anda. (Kita lebihkan gula.)




Bila semua dah sebati, masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan dia didih sebentar , dengan api kecil, agar sosnya meresap ke dalam ayam.




Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.
Alhamdulillah.


Kita risau sebenarnya.
Tak pernah masak bulan puasa.
Macam mana nak rasa masakan ye....
Tawakkal je lah...
InsyaAllah semua selamat.

Wassalam


No comments:

Post a Comment