Assalammualaikum Wr Wb...
Kita dilanda wabak penyakiut 'M' yang teramat sangat.
Baru hari ke-5 berpuasa.
Kita berdoa InsyaAllah kita diberi kekuatan untuk meneruskan amal ibadah
serta menempuh bulan suci ini, di hari2 yang mendatang.
This conversation took place last Thurday afternoon.
Bik Idah: Kau tau buat Lapis Kacang Hijau?
Me: Boleh try lah. Pernah tengok resepinya. Senang.
Bik Idah: Ok...
Half an hour later...
Bik Idah: Ok...Besok kawan kerja Bik Idah buat kumpul2 Iftar.
Me: Abih...
Bik Idah: Aku cakaplah aku bawak Lapis Kacang Hijau. Kau buat satu loyang ekh.
Kau cakap je nak beli bahan apa.
Me: Oii!! Pandai2 janji...terbantut nanti macam mana...
Bik Idah: Alah...mesti jadi punya lah.....tangan kau buat mesti menjadi.
Lantas, berbekalkan doa berkoyan2 dan resepi dari Kak Ayu (click name)
I ventured onto my next Kuih adventure...
Tiba2, my semangat macam terlebih gitu
and the Garfield in me tried to do Lapis Nyonya as well.
Search punya search resepi nya and decided to try Che Mat Gebu (click name) punya resepi.
Mintak publish pat sini ye resepi-resepinya Kak Ayu dan Che Mat!
Alhamdulillah, both turned out very well.
PIRST TAIIMM tau buat....hehehehe
Lapis Kacang Hijau
Resepi dari: Kak Ayu (curlybabesatisfaction.blogspot.com)
Bahan-bahannya:
200gm tepung kacang hijau
50gm tepung Hon Kwee
40gm tepung tapioca
250gm gula melaka (kita derhaka sikit, tambah lagi 20gm. sepatutnya 230 gm)
100gm gula halus (kita pakai gula castor)
100gm gula halus (kita pakai gula castor)
secubit garam
daun pandan
1250 ml santan cair(11/2 packet(300ml) santan pekat(kotak) + 1000ml air)sedikit pewarna hijau
Notebook tu tengah pat blog Kak Ayu. Kept refering to it for the recipe. I did this kuih with Koren singer Baik Ji-Young serenading me through Kak Ayu's mixpod player. lol!
Cara-caranya:
Didihkan santan, gla mlaka, gula dan daun pandan diikat sehingga gula nya karut dan menjadi seakan syrup. Tapis dan biarkan sejuk. Kita biarkan selama 1 jam.
Satukan segala macam tepung dan masukkan syrup gula melaka tadi yang dah sejuk. Gaul sebati. Tapis adunan dan bahagikan dua bahagian sama rata.
Satu adunan, dibiarkan dengan warna asli. Satu lagi titiskan pewarn hijau sedikit hingga ia menyerupai warna hijau lumat.
Panaskan kukusan dan kukus adunan2 ini didalam acuan berukuran 8" yang telah dilumurkan sedikit minyak, bawah dan tepi. Kalau takde acuan 8" pakai jelah apa yang ada. Bezanya pun nanti setakat bentuk je. Pastikan lapisan dipaling atas yang warna hijau. Untuk panduan bersama, kita menggunakan 3 kali senduk bagi setiap lapisan. Dapat dalam 7 lapisan kesemuanya. Kita mulakan dengan adunan warna hijau, kemudian warna asli, kemudian warna hijau dan begitulah seterusnya, bergilir-gilir sampai Abang Jamil mampus.
Ekh salah! Sampai habis adunan. Bila dah letak lapis teratas, biarkan masak lama sedikit lebih kuarang 5 minit gitu.
Keluarkan dari kukusan dan tunggu hingga kuih benar2 sejuk baru dipotong.
LAPIS NYONYA
Resepi dari: Che Mat Gebu ( tiffinbiru.blogspot.com )
Bahan A:
150gm tepung beras
30gm tepung Hoon Kue
150gm tepung beras
30gm tepung Hoon Kue
400ml santan pekat*
160ml air*(*disatukan)
Pewarna merah secukupnya
160ml air*(*disatukan)
Pewarna merah secukupnya
Bahan B:
180gm gula halus - kita guna gula castor
180gm gula halus - kita guna gula castor
150ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan
Cara-caranya:
(maaf, camera kita part ni nazak....)
Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk.
Sementara itu satukan semua bahan A, kecuali pewarna merah, dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit.
Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada dasar dan tepi tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci. (Kita tak pakai. Kita main pakai sebarang acuan. Hahaha.)
Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada dasar dan tepi tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci. (Kita tak pakai. Kita main pakai sebarang acuan. Hahaha.)
Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit,
Bahagikan adunan pada dua bahagian. Satu dikekalkan warna aslinya dan satu lagi bubuhkan pewarna merah.
Kukus setiap lapis selama 5 minit. Kita mulakan dengan warna asal kemudian warna merah dan seterusnya. Setiap lapisan kita menggunakan sebanyak 3 kali senduk.
Untuk lapisan terakhir (merah), tambah 2 - 3 titik pewarna merah lagi dalam adunan untuk mendapat warna merah pekat, kukus hingga masak. Sambung kukus 12 - 15 minit lagi.Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan.
Nota: Seperti mana kita mengukus apa jua jenis kuih talam atau lapis, tutup kukusan dibalut dengan kain agar wap airnya tidak menitis ke atas permukaan kuih.
Wassalam
No comments:
Post a Comment