Thursday, August 5, 2010

AYAM CAMPAK

Assalammualaikum Wr Wb

Got this recipe from Kak Maz from ILHAM DAPUR (click here).
Kak Maz called this dish Ayam Goreng Bersos.
I call it Ayam Campak because practically all the ingredients main campak2 je. LOL!
Whatever it is, like Kak Maz said, asalkan sodap!!!!
Well, if you ask me, I guess the daun limau purut (kaffir lime leaves)does this dish justice.
Seperti biasa, kita derhaka sikit in the recipe to suit anak tekak kita semua pat sini.
Mintak halalkan ye Kak Maz for the recipe.

Here it is,
 AYAM CAMPAK


Bahan-bahannya:

ayam 8 keping - goreng lembap. (seperti biasa kita pakai ayam kepak)
4 sudu besar cili kering - dikisar
6 ulas bawang merah kecil - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
6 helai daun limau purut
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
beberapa batang jagung dan sayuran2 pilihan - (kita pakai 2 biji capsicum, didadu)


















Sebelum kita move on, kita nak advise sikit lah ye. Dalam pengalaman kita yang tak seberapa ni, kalau nak derhaka dalam segi ramuan, boleh. Tapi kalau cara2 menyediakan, kalau tak arif lebih baik patuh arahan. Jangan derhaka. Kalau dia cakap tumbuk, tumbuklah bahan tersebut. Sikit hari masa kita masak hot-plate tofu tu, tu adalah percubaan kedua. Percubaan pertama kita gagal pasal kita kisar bahan2 yang sepatutnya ditumbuk. So kali ni, kita betul2 tumbuk. LOL! Hari ini, batu lesung best friend kita.

 
       
Cara-caranya:



Panaskan minyak.
Dengan ungkapan Bismillahhiorhmannirahim, masukkan bahan2 yang telah ditumbuk. Tumis hingga naik bau.





Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.




Masukkan segala macam sos. Sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Masukkan air sedikit demi sedikit. 5 sudu besar gitu oklah. Gaul sebati Cik Kiah oii....lol!


Masukkan segala macam sayur. Kalau mash pekat sangat, masukkan air lagi sedikit hingga mencapai kepuasan masing2. LOL! Lepas tu masukkan garam, gula, serbuk perasa mengikut citarasa masing2.




Masukkan ayam. Gaul rata dan biarkan seketika dengan api yang sederhana perlahan. Biarkan kuahnya meresap kedalam ayam.




Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.
Alhamdulillah.

Sedap dimakan selepas satu jam kerana sosnya dah 
betul2 meresap dan aroma daun limau putunya betul2 bangkit. 
Tapi kalau nak terus makan, silakan.....

As of now, dah habis dah lauk ni.
Resepi ni definitely akan masuk dalam arkib akan-dimasak-lagi.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment