Did this last Friday lepas balik dari Dua M.
Masa on the way balik tu, kita past by bakery shop pat Bukit Batok Central.
Nampak lah pulak roti perancis berlonggok2.
Terdetik di hati apa bole buat dengan roti tu kalau kita beli.
Did a quick recap of what I had in the fridge and then
ROTI JOHN came to mind.
Belakang pusing to the bakery and bought 2 pieces.
Enough for me, Mat Nuh and Min.
Tak buat banyak2 pasal the rest pergi Johor and knowing them
they will be too full to eat again.
So here it is,
ROTI JOHN CONFIRM KENYANG
(the name is such because, the roti itself is carbo loaded, and the inti has loads of meat.
Boragas je makan ni cakap tak kenyang!)
the only fault is takde mayonis dan cheese. Kalau ada, taruk pat atas tu macam pat Simpang Bedok punya....Phew.... |
Bahan-bahannya:
(sukatan yang diberi memang banyak. untuk 2 bantal roti perancis. Agak2 nak kurangkan, sila lah)
-resepi ni juga boleh diubah mengikut citarasa masing. when you are creative enuff, sky's the limit.
2 batang roti perancis 400 gm daging cincang
8 batang hotdog - dipotong kecil
8 biji telur
3 biji bawang besar - didadu
3 batang cili merah - dihiris
1 batang cili hijau - dihiris
garam secukup rasa
kepingan2 keju
Cara-caranya:
Sangai (goreng tanpa minyak) daging denagn sedikit lada putih dan garam sehingga kering sedikit.
Satukan kesemua bahan, kecuali roti dan keju, dan gaul rata.
Bahagi roti pada dua bahagian. Ambil satu bahagian dan belah dua tapi jangan sampai putus. Sapukan marjerin ( tertakluk kepada roti2 masing. Kalau rotinya kecik tak payah bahagi dua. roti hot dog pun gitu. Memadai dengan membelah di tengah nye sahaja lalu sapukan marjerin)
Sapukan adunan telur dan daging tadi ke atas roti yang telah dibelah. Panaskan kuali leper dengan minyak sedikit lalu taruklah roti tersebut di atas kuali untuk digoreng sampai intinya masak. (Yang ada inti facing bawah ye. Jangan pulak goreng roti john, intinya facing atas. LOL!)
Siat2 kepingan keju dan bubuhkan di atas roti john yang dah siap. Masukkan dalam microwave selama 1 min untuk cairkan keju dan rangupkan roti. Tangkupkan roti tersebut dan potong ikut suka hati.
Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.
(serta bersedia untuk menerima kemasukkan kalori yang teramat tinggi)
Alhamdulillah.
Kalau omputih ada Mac N Cheese sebagai comfort food mereka,
kita ada ROTI JOHN!!!!!!
Wassalam
No comments:
Post a Comment