Wednesday, August 11, 2010

AYAM MASAK PADANG

Assalammualaikum Wr Wb...

Woohoo!!!
First time kita masak masa bulan Ramadan.
Did this for breaking fast earlier on.
Takde rasa2...berpandukan resepi yang diberi oleh my freind Ayu, kita setakat main agak2.
Harapkan bau je.
LOL!
Alhamdulillah turns out as expected.
Although mine is a bit pale in colour but the taste is exceptional.

Ayam Masak Padang ni sama macam Ayam Lemak 
cuma bezanya penggunaan lengkuas kot.
And lots of serai. 
The taste pun a bit more richer than Ayam Lemak.

Cubalah resepi ni.
Senang nak buat, yang leceh cuma nak siap2kan bahan je.
Here goes...

AYAM MASAK PADANG

maafkan batang serai yang enter frame tu ye...n like I said, jangan tengok lauk ni pada kuahnye ye....bikin then rasa sendiri...

Bahan-bahannya:

 Bahan Asas:
1/2 ekor ayam - seperti biasa kita pakai kepak ayam. hehehe
300 ml santan
100 ml susu cair
- yang full cream evaporated, macam yang selalu buat air bandung tu
1 keping asam keping
1 btg serai - diketuk
garam, gula, dan serbuk perasa













Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2" lengkuas
2" kunyit hidup
2 btg serai 
4 biji cili merah
10 biji cili padi
- kalau tak tahan pedas, kurangkan 2 biji. kalau Ratu Pedas, tambahlah banyak2. hehehe













Cara-caranya:
(Sorry takde gambar pasal batt camera kita pun puasa agaknya....tiba2 lemah tak bermaya....lol!)
  
Panaskan minyak dan dengan ungkapan Bismillahhirohmanirahim masukkan serai.
Tuang bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Tambah air. (kita pakai blender satu penuh) 
Masukkan ayam dan biar mendidih seketika.
Masukkan santan dan susu cair. 
Biarkan mendidih lalu masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Masukkan asam keping dan teruskan didihkan sebentar sehingga ayam empuk.
Tips: Nak sedapkan masakan, api takmo kuat2 tau. Biar rempah masak over a slow fire. Gerenti sedap....Percayalah.....

Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.
Alhamdulillah.

Rasa-rasanya mulai hari ni kalau kita nak masak lemak, kita nak masak cara yang macam gini.
Rasanya amat sesuai dengan anak tekak kita ni.

Gambar bawah ni adalah ketika kita semua sedang sibuk2 menyiapkan meja makan untuk berbuka puasa.
meja jer besar, lauk2 nya ala kadar jer...banyak2 nanti membazir...kan tak bagus tu...hehehe
Wassalam

No comments:

Post a Comment