Saturday, August 21, 2010

KUAH BEEF STEAK

Assalammualaikum Wr Wb...

Lauk ini dah memang plan nak buat dari semalam.
Memandangkan Mat Nuh selalu book out hari Jumaat, jadi plan nak buat lauk daging lah.
Dia senang sikit.
Semua dia makan.

Bila dah masuk waktu berbuka, dia tak balik2.
Cukup time dapat tahu dia ada Guard Duty, besok baru balik.

MANA ADA TIME NAK BUAT GUARD DUT?!?!?! ORD OHH!!!!! LOL!
 
Nasib baik ada standby ayam goreng tadi tu untuk yang lain.
And lauk ni pun walaupun tak nampak keghairahan dorang semua makan,
at least bergerak jugak dikerjakan budak2 ni.
Dorang semua memang kalau buka, nak makan benda berkuah.
Jadi lauk ni, kita kurangkan dagingnya dan kita lebihkan kuahnya.
Alhamdulillah laku.
LOL!

Inilah dia

KUAH BEEF STEAK


Bahan-bahannya:

Bahan Asas:
500 gm daging batang pinang
1 batang serai - dititik
1 cawan minyak
1 sudu makan minyak sapi
1/2 botol tomato sos
2 sudu besar tomato puree
2 sudu besar kicap pekat manis - kita pakai brand Sinsin
2-3 sudu besar gula
garam secukup rasa












Bahan Kisar:
10-15 tangkai cili kering 
3 cm halia
4 ulas bawang putih
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh jintan halus
10 ulas bawang merah (kita pakai 15 ulas pasal bawang merah kita halus sangat)













Bahan2 lain:
1 biji bawang besar - dihiris tebal
2 batang cili hijau - dihiris tebal
2 biji kentang - didadu lalu digoreng. Ketepikan.
2 biji tomato - dipotong empat
sedikit kobis (hiris)
2 biji telur (pukul sedikit)












Cara-caranya:



Panaskan minyak dan minyak sapi lalu dengan ungkapan Bismilahhirohmannirahim, masukkan serai titik dan bahan kisar.
Tumis sampai garing.



Masukkan daing dan air (3-4 cawan) lalu masak hingga daging 3/4 empuk.






Masukkan tomato puree.






Masukkan tomato sauce.






Masukkan kicap.





Masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
Pandai2 adjust yer ikut tekak masing2.....




Masukkan bahan2 lain seperti, bawang, kentang yang telah digoreng dan chilli. Gaul rata. Didihkan lagi sampai daging empuk. Kemudian masukkan tomato dan akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan.



Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.
Wassalam.

Mula2 ingatkan lauk ni tak jadi pasal lauk ni kan rasanya kaya dengan rempah.
Dah tu kita masak masa bulan puasa, tak dapat rasa.
Masa bikin tu tawakkal je lah. 
Nasib baik Alhamdulillah rasanya kena dengan tekak semua orang.

Walau tak minat daging pun,
lepas terawih semalam, dah licin dah....

Wassalam

3 comments:

  1. Salam kenal Zam,

    terjumpa blog Zam dari blog Ayu...lalu tergoda tengok menu beef steak tu...pandai nya org lelaki masak ni kan! Boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  2. Salam Nuridah...

    Terima kasih lah sudi mampir ke blog kita yang tak seberapa ni...alah..semua orang boleh masak, nak dengan tak nak je...

    Keep in touch k Nuridah

    ReplyDelete
  3. Salam Zamri....lagi cari menu utk Sabtu nie.. terjumpa blog awak. Nampak Berselera dan mudah... InshaaALLAH na cuba. Thanks....

    ReplyDelete