Monday, July 26, 2010

YET ANOTHER RANDOM ENTRY

Assalammualaikum Wr. Wb.

Kita dilanda wabak penyakit M yang teramat sangat.
Macam tak kuasa nak buat apa2.
Maybe pasal semalam penat sangat berdiri mengirai Roti Kirai.
Tapi walau apapun Alhamdulillah, semangat macam berkobar2 masa keluar rumah nak menuju ke sini

Menu hari ini?
Setakat tanak nasi dan panaskan lauk kari semalam.
Macam lagi sedap lauk kari tu bila dah disimpan semalaman.
Kesian budak2 tu pat rumah.
Tunggang langgang kita tinggalkan dorang.

Anyway, apa yang menyebabkan kita frust tonggeng adalah kerana kita terpaksa menge-shelve 
Project Bakeless Oreo Cheesecake kita.
Pasal tak cukup bahan.
Alhamdulillah semua dah ada tapi cuma satu benda je takde.
Gelatin

Puas kita cari gelatin yang halal.
Dekat NTUC dan Shop N Save pat Bt Batok takde.
Kita cari pat Cold Storage Holland pun takde.
Sampai ke Bugis kita cari.
Pun takde.
Ada tu ada tapi tak halal.
Tak berani lah nak pakai.
Dah lah banyak dosa, bertambah-tambah nanti. hehehe.

Jadi terpaksa lah kita postpone project ni.
InsyaAllah besok kita akan ke Sembawang MRT cari dekat kedai jual ramuan2 untuk buat cake .
Entah masih ada ke tidak kedai tu.

Kita ni sekarang tengah pat luar.
Dekat Masjid Sultan.
Majlis menyambut Nisfu Syaaban bersama Darul Fikrah pimpinan Ustaz Shafie.
Bagus Masjid Sultan ni ada Wireless.
Alhamdulillah.
Ramai orang pat sini.
Sama2 mencari keberkahan sempena Malam yang penuh manfaat, barakah dan rahmat selepas
Malam Lailatul Qadar.

Salam Nisfu Syaaban semua.

Wassalam

2 comments:

  1. tu lah...tak tahu nak tanya org...kalau kau tanya aku, dah aku bilang kedai pat sembawang tu dah tak ader lagi....cuma ader pat jurong east jer. kalau nak gelatin halal, kau leh try cari pat kedai kueh at jurong west, the owner melayu islam.

    ReplyDelete
  2. Tadi masa meeting 2M ada orang tu cakap "....my Malay is rusty...". Pat sini bual melayu pulak?!?!?!?! hahahahaha.....

    Ah ah seh, terperanjat beruk aku tgk pat sembawang tu dah tukar kedai. Jatuh semangat aku. Jurong West sebelah mana beb? Malay owner ekh? Kaya kaya kaya......

    ReplyDelete