Tuesday, July 20, 2010

AYAM LEMAK ORANG BOYAN

Assalammualaikum Wr. Wb

Lepas puas kita melayan diri kita tadi, terus kita masuk ofis kelentang kelentung.
Tekak n pulak macam nak makan lauk lemak.
Oleh kerana selepas sesi minum teh petang tadi, 
kita dilanda sindrom kemalasan (sikit je. kalau banyak dah tak masak terus)
maka kita masaklah lauk lemak yang paling simple sekali.
Arwah Nenek cakap kalau pat Boyan, lauk lemak masak macam ni.
Simple and fuss free. Tak pedas.Lauk Boyan memang macam tu pun. Tak banyak pedas.
Lebih lemaknya jer.


Bahan-bahannya: (maaflah takde gambar. terlupa nak ambik.. dah setengah jalan baru teringat)

Ayam setengah ekor - potong ikut suka hati (actually kita pakai kepak ayam je. 8 ekor)
3 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
10 batang cili merah - dikisar
kunyit sebesar ibu jari - dikisar
santan satu kotak kecil
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya:

Mulakan dengan Bismillahhirohmannirrahim. 
Panaskan minyak lalu tumis bahan-bahan kisar hingga masak. Sebaiknya api kecil dan ditutup periuk tersebut. Rempah dah masak, tambah air. Terserah kalau nak cair banyyakkan kalau nak pekat jangan banyak sangat. Kita pakai air blender yang buat kisar tadi. Satu blender penuh. 
Kemudian masukkan santan. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan ayam. 
Biarkan hingga ayam masak. 
bubuhkan garam dan gula secukup rasa.
Sesekali tu kacau lah yer. Jangan sampai mendidih hinggakan pecah lemak...

Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang
Alhamdulillah
Senang kan?? 
Lauk2 ni semua satu nama macam-macam versi.
Macam masak lemak jugak. 
Ada yang taruk cili padi, ada yang taruk daun liamu purut. 
Macam-macam lagi lah.
Pendek kata, terserah selera masing-masing.


Wassalam

No comments:

Post a Comment