Assalammualaikum Wr. Wb.
Sekarang ni barulah saya tau apa perasaan Arwah Nenek saya dan mak- mak yang sewaktu dengannya bila diaorang cakap,
"Niari penat. Dapur tutup"
...Maka bertempiaranlah kami semua ke kedai-kedai makan berdekatan....
LOL!
And that is what I felt today.
Malas sesangat nak masak. (bahasa 1Malaysia seh zam LOL!)
Tapi yelah, mana boleh dilayan sangat rasa malas ni.
Lepas Zuhur kita melangkah masuklah ke ofis (dapur lah).
Bukak fridge atas, ternampak lah pulak ikan cencaru tersadai beku di dalam.
Check fridge bawah, cili padi semua lengkap...
Maka inilah dia makan tengahari kami sekeluarga di hari Ahad yang malas ini. LOL!
Kena pulak dengan sambal kicap yang kita buat,
FUH!!! terantuk Cik Kiah oii........
Dua ekor kita sorang yang lantak.
Jangan takut, kita ingat orang belakang, gambar ni jer 4 ekor.
Sebenarnya ada 10 ekor kesemuanya.
Memang mula-mulanya cadang nak bakar sikit je.
Kata Bik Idah, budak2 tu tak makan ikan.
Cukup time dorang pun ngecek.
Apa lagi, bakar lah kesemuanya.
Fikir-fikir balik, kalau kita lantak 3 ekor pun kira ok tadi.
Hehehe...Iskh! Jangan tamak!
Selalunya, Arwah Nenek akan belah perut ikan cencaru ni dan akan sumbat inti pais2 atau apa sajalah.
Sememangnya kita DERHAKA sekali lagi.
Kerana lepas bersihkan je ikan2 tersebut, lalu SSEERRRRR!!!!!!!
Ke tempat panggang lah jua akhirnya.
Dah siap semuanya, rilek dulu...
Sholat Asar dulu....dah selesai baru kita serang
Lepas makan, kena rokok sempoerna dan air teh susu secawan besar.
Dah tu takpe, hujan....
fuyooooo...........
NIKMAT YANG TERAMAT SANGAT
Makan malam?
BUNGKUSAN DARI WEST COAST FOOD CENTRE JAWABNYA
Wassalam
No comments:
Post a Comment