Assalammualikum Wr. Wb
Selain dari lauk lemak, hari ni pun kita masak sayur taugeh.
Mintak ampun....senang sungguh lauk ni.
Potong potong potong....seeerrrr ke dalam kuali.
Bahan-bahannya:
1 keping tauhu putih - potong dadu dan goreng lalu angkat dan toskan
2 keping fishcake - dipotong nipis
1 biji bawang besar - dihiris halus
4 ulas bawang putih - diketuk (pakai hujung pisau)
1 biji cili meah/hijau - dihiris halus
1 1/2 sudu besar sos tiram
4 ulas bawang putih - diketuk (pakai hujung pisau)
1 biji cili meah/hijau - dihiris halus
1 1/2 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis Cara-caranya:
Mulakan dengan Bismillahhirohmanirrahim.
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng bawang besar hiris, bawang putih ketuk dan cili hiris. Kacau rata.
Tuang sos tiram dan kacau, kemudian masukkan tauhu dan hirisan fishcake bersama sedikit gula dan garam, gaul rata.
Tuang sos tiram dan kacau, kemudian masukkan tauhu dan hirisan fishcake bersama sedikit gula dan garam, gaul rata.
Masukkan taugeh dan gaul rata.
Sendiri rasa. kalau kurang manis atau tawar, pandai-pandai tambah ye Cik Kiah....
Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang
Alhamdulillah...
Lauk ni selalu Arwah Nenek buat untuk Arwah Atuk ketika bulan Ramadhan.
Lauk untuk sahur. Macam-macam variasi.
Kadang-kadang dia taruk kupang, kadang-kadang hirisan ikan masin.
Apa-apa pun lauk ni, orang Malaysia cakap
SEMPOI!!!
Wassalam
No comments:
Post a Comment