Friday, July 16, 2010

IKAN BAWAL MASAM MANIS

Assalammualaikum Wr Wb

Seperti yang dijanji kan, ni lah dia resepi
IKAN BAWAL MASAM MANIS.

Resepi ni selalu nya dimasak oleh Arwah Nenek bila dia adakan kenduri Arwahan atau bahasa Melayu nye Tahlil dan bila dia agak-agak datang rajin. LOL! 
Kalau ikut cara dia masak, kuahnya akan disiapkan terlebih dahulu.
Bila nak makan, baru digoreng ikannya lalu ditaruknya ikan tersebut diatas piring yang dialas daun salad dan dijirus kuahnya di atas ikan tersebut lalu dihiasi dengan mentimun dan tomato.
LOL!
Presentation dia memang class.
Dia memang semangat.Orang boyan cakap, Ma-ongkuh!
Katanya orang kalau tengok makanan tu cantik, selera mesti naik...

Kita? Mohon sembah derhaka jelah....tak ikut cara. 
Semua sumbat dalam kuali. 
LOL!
Resepi ni senang tapi pada saya leceh.
 Walau apa pun Syukur Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk terus menghasilkan yang terbaik dan InsyaAllah seterusnya demikian rupa.

IKAN BAWAL MASAM MANIS


Bahan-bahannya:

4 ekor ikan bawal - dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng garing. Kalau yang makan gelojoh tak payah potong. Ambik sorang seekor-seekor...Kalau tak, potong dua. Dah dapat 8 keping. Tips untuk jamu orang tapi budget tak memadai.














Untuk menumis:
4 biji bawang kecil - dicincang halus
4 biji bawang putih - dicincang halus
2 biji bawang besar - dihiris
4cm halia - dihiris 

Untuk Sos:
10 sudu besar sos chilli
10 sudu besar sos tomato
10 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
4 sudu besar perahan air limau nipis (agak2 lah ye..saya gunakan 10 biji limau nipis pasal semua kecik-kecik2)
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
serbuk perasa kalau nak
miyak untuk menumis 

Untuk Hiasan
4 biji tomato - dibelah ikut suka hati masing-masing
4 biji lada bengala/capsicum - dibelah 8 atau sedang, ikut suka hati masing-masing. Biji dibuang. campur-campur lah warna capsicumnya yer....jadi lauknya berwarna...














* dalam mangkuk belah kiri semua bahan tumis. mangkuk tengah perahan air limau. belakang segala macam sos. dan belah kanan bahan hiasan. sesungguhnya kita derhaka sekali lagi kerana menggunakan sos sos yang datangnya bukan dari satu sumber yang sama. Lain brand lah! kata oran tak oomph kalau gitu. kalau nak sedap, semua dari sama brand. entah lah...kita rasa ok jer...tapi kalau takut jugak pakailah jenama Maggi. Kecuali kicap manis. I swear by CAP KIPAS UDANG! Hehehe. 

Cara-caranya:

Mulakan dengan Bismillahhirohmannirahim....

Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis - bawang kecpl dan bawang putih. Sampai naik bau lalu masukkan hirisan halia dan hirisan bawang besar. Sehinggalah bawang besar layu.

Lalu masukkan bahan-bahan sos. Tak kisah apa aturan. Tapi gula biar last. Dah masuk semua bahan sos, masukkan air sedikit untuk jadikan kuah. Baru masukkan gula. Akhir sekali garam secukup rasa. Lepas tu rasalah Cik Kiah oii...(Kalau nak boleh masukkan serbuk perasa. Pandai-pandailah tambah apa yang patut. Kalau kurang manis, tambah gula. Kurang masam tambah air limau nipis sedikit. Kalau terlampau cair, masukkan air tepung jagung untuk pekatkan.)

Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu tadi. Kena betul2 garing kalau tidak ikan bawal akan senang hancur. (langkah ni boleh ditinggalkan kalau awak semua nak ikut cara nenek kita. asingkan kuah dan ikan. nak makan baru jiruskan kuahnya diatas ikan.kalau gitu terus ke langkah yang terakhir di bawah.)

Akhir sekali masukkan capsicum dan tomato. Didihkan ia.

Hidangkan dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah...


Wassalam.

No comments:

Post a Comment