Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

BUBUR SOM-SOM

Assalammualaikum Wr Wb....
Sejenis kuih yang amat simple.
Both in it's method and it's outlook.
And one of the kuih/food which holds a lot of memories for me.

Tak nak cerita banyak pat entry ni.
Menangis lagi nanti.
Did this at 3 am in the morning just now.
Saw the recipe at Kak Ayu's (click name) blog.

This was Arwah Nenek's personal favourite.
Will not miss it during Ramadan.
Just like her Mee Soto.

Decided to try doing it.
When I had it for sahur, the taste was painfully same as hers.
I was trying very hard to hold back my tears as I slowly ate it.
And at exactly 4.45 am, Nona Kirana @ Warna 94.2FM played
Siti Nurhaliza's Airmata Syawal.

I just cried.

BUBUR SOM -SOM
Resepi dari: Kak Ayu (curlybabesatisfaction.blogspot.com)


Bahan-bahannya:

100 gm tepung beras
25 gm tepung Hoen Kwee
santan cair (200ml santan pekat, 500ml air, dicampur)













 Cara-caranya:



Campur semua bahan hingga adunan sebati lalu ditapis.





Masak adunan di atas api yang kecil. 
Kacau hingga adunan menjadi bergentel/berketul lalu angkat.



Alihkan ke acuan untuk dikukus. 
Gunakan senduk untuk meratakan permukaan adunan.
Kukus selama 30 min atau sampai masak.




Bahan Syrup Gula:

750ml air
1 helai daun pandan diikat - kita pakai 2 pasal daun pandan kita pendek
6 sudu makan gula













Cara-caranya:



 Satukan semua bahan dan didihkan hingga gula larut.





Cara menyediakan:



Adunan tepung dipotong dan siramkan satu senduk air/syrup gula keatasnya. Best served chilled.





 Was a difficult Sahur for me today.
:(

Wassalam

Thursday, August 19, 2010

PUTRI SALAT 2

Assalammualaikum Wr Wb...

Apasal PUTRI SALAT 2?
Because it's the 2nd recipe I tried in doing Putri Salat
 It's from from Kak Ayu. (click name)
This one receives a thumbs up from all her family members.
As for my family, everybody else also give the thumbs up.
Except me and Bik Idah. LOL!

Bik Idah said, it is not sweet enough.
I told her that I had been warned about it because  
Kak Ayu's family don't take stuffs which are too sweet.
I follow the recipe because I believe we have to train to take less sweet stuffs.
Prevention is better than cure. 
Betul tak Kak Ayu?

As for me, I'm ok with the taste except that I prefer the top layer to be soft.
This one is a bit kenyal.
Bik Idah said, add more eggs.
Mama Lala also said the same thing, that if I'm using tepung gandum.
Tepung gandum will result it a more kenyal top, so used 5 eggs instead of 3.
She suggested me using tepung beras instead since it is soft and just use one egg.
Looks like I will be in a quest of producing my perfect Putri Salat these few days. LOL!

BUT....
everybody was in awe at the look of my Putri Salat.
I followed Kak Ayu's advise.

Untuk lapisan atas yang cantik,
adunan untuk lapisan atas dimasakkan sebentar.
Tak payah masak sampai mendidih.
Masak setakat keluar wap dan terus matikan api dan tuang ke lapisan pulut yang telah masak.

I followed her advise to the T and the result.....

this was after an hour of steaming. cantik kan permukaan dia......
at last...no more uneven top surfce!

I was told to do the method of cooking the top layer for all kuih talams.

THANK YOU KAK AYU!

Siapa nak resepi Putri Salat yang amat sesuai untuk 
mereka yang tak boleh/tak suka makan manis2 ni 
nilah dia...(kita cut and paste dari blog Kak Ayu. Mintak halal ye kak...)

PUTRI SALAT
Resepi dari: Kak Ayu (curlybabesatisfaction.blogspot.com)

amidst all the other perfections, my cutting is still horrible. aiyah...must go meet Kak Ayu for hands on practical! LOL!
Bahan-bahannya:

Bahan lapisan bawah:

500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak
Bahan lapisan atas:

120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 sudu teh  pandan paste)

Cara-caranya:

Untuk lapisan bawah:

A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas: 

1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....

PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!! (peringatan yang amat berguna)

Kalau ikut resepi nya betul2 InsyaAllah jadinya pun betul....lol!

Wassalam

Monday, August 16, 2010

LAPIS KACANG HIJAU & LAPIS NYONYA

Assalammualaikum Wr Wb...

Kita dilanda wabak penyakiut 'M' yang teramat sangat.
Baru hari ke-5 berpuasa.
Kita berdoa InsyaAllah kita diberi kekuatan untuk meneruskan amal ibadah 
serta menempuh bulan suci ini, di hari2 yang mendatang.

This conversation took place last Thurday afternoon.

Bik Idah: Kau tau buat Lapis Kacang Hijau?
Me: Boleh try lah. Pernah tengok resepinya. Senang.
Bik Idah: Ok...
Half an hour later...

Bik Idah: Ok...Besok kawan kerja Bik Idah buat kumpul2 Iftar. 
Me: Abih...
Bik Idah: Aku cakaplah aku bawak Lapis Kacang Hijau. Kau buat satu loyang ekh. 
Kau cakap je nak beli bahan apa.
Me: Oii!! Pandai2 janji...terbantut nanti macam mana...
Bik Idah: Alah...mesti jadi punya lah.....tangan kau buat mesti menjadi.

Lantas, berbekalkan doa berkoyan2 dan resepi dari Kak Ayu (click name) 
I ventured onto my next Kuih adventure...
Tiba2, my semangat macam terlebih gitu 
and the Garfield in me tried to do Lapis Nyonya as well.
Search punya search resepi nya and decided to try Che Mat Gebu (click name) punya resepi.

Mintak publish pat sini ye resepi-resepinya Kak Ayu dan Che Mat!

Alhamdulillah, both turned out very well.
PIRST TAIIMM tau buat....hehehehe


Lapis Kacang Hijau
Resepi dari: Kak Ayu (curlybabesatisfaction.blogspot.com)

Bahan-bahannya:

200gm tepung kacang hijau
50gm tepung Hon Kwee
40gm tepung tapioca
250gm gula melaka (kita derhaka sikit, tambah lagi 20gm. sepatutnya 230 gm)
100gm gula halus
(kita pakai gula castor)
secubit garam
daun pandan
1250 ml santan cair(11/2 packet(300ml) santan pekat(kotak) + 1000ml air)
sedikit pewarna hijau








Notebook tu tengah pat blog Kak Ayu. Kept refering to it for the recipe. I did this kuih with Koren singer Baik Ji-Young serenading me through Kak Ayu's mixpod player. lol!







 Cara-caranya:


Didihkan santan, gla mlaka, gula dan daun pandan diikat sehingga gula nya karut dan menjadi seakan syrup. Tapis dan biarkan sejuk. Kita biarkan selama 1 jam.

 


Satukan segala macam tepung dan masukkan syrup gula melaka tadi yang dah sejuk. Gaul sebati. Tapis adunan dan bahagikan dua bahagian sama rata.




Satu adunan, dibiarkan dengan warna asli. Satu lagi titiskan pewarn hijau sedikit hingga ia menyerupai warna hijau lumat.





Panaskan kukusan dan kukus adunan2 ini didalam acuan berukuran 8" yang telah dilumurkan sedikit minyak, bawah dan tepi. Kalau takde acuan 8" pakai jelah apa yang ada. Bezanya pun nanti setakat bentuk je. Pastikan lapisan dipaling atas yang warna hijau. Untuk panduan bersama, kita menggunakan 3 kali senduk bagi setiap lapisan. Dapat dalam 7 lapisan kesemuanya. Kita mulakan dengan adunan warna hijau, kemudian warna asli, kemudian warna hijau dan begitulah seterusnya, bergilir-gilir sampai Abang Jamil mampus. 
Ekh salah! Sampai habis adunan. Bila dah letak lapis teratas, biarkan masak lama sedikit lebih kuarang 5 minit gitu.
Keluarkan dari kukusan dan tunggu hingga kuih benar2 sejuk baru dipotong.


LAPIS NYONYA
Resepi dari: Che Mat Gebu ( tiffinbiru.blogspot.com )

Bahan A:
150gm tepung beras
30gm tepung Hoon Kue
400ml santan pekat*
160ml air*(*disatukan)
Pewarna merah secukupnya













Bahan B:
180gm gula halus - kita guna gula castor
150ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan













Cara-caranya:
(maaf, camera kita part ni nazak....)

Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. 
Sementara itu satukan semua bahan A, kecuali pewarna merah, dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. 

Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada dasar dan tepi tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci.  (Kita tak pakai. Kita main pakai sebarang acuan. Hahaha.)

Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, 
Bahagikan adunan pada dua bahagian. Satu dikekalkan warna aslinya dan satu lagi bubuhkan pewarna merah. 

Kukus setiap lapis selama 5 minit. Kita mulakan dengan warna asal kemudian warna merah dan seterusnya. Setiap lapisan kita menggunakan sebanyak 3 kali senduk. 
Untuk lapisan terakhir (merah), tambah 2 - 3 titik pewarna merah lagi dalam adunan untuk mendapat warna merah pekat, kukus hingga masak. Sambung kukus 12 - 15 minit lagi.

Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. 


Nota: Seperti mana kita mengukus apa jua jenis kuih talam atau lapis, tutup kukusan dibalut dengan kain agar wap airnya tidak menitis ke atas permukaan kuih.

Wassalam

Saturday, August 7, 2010

TALAM BERAS

Asalammualaikum Wr Wb

I did this for 2 reasons.
First, this one of my favourite kuihs.
And secondly, I needed a back-up plan just in case my cheesecake tak menjadi.
I ended up bringing both to DuaM.
Alhamduillah dua2 menjadi
although cheesecake tu ada masalah teknikal (baca post before this) sikit. LOL!

Inilah dia

TALAM BERAS
Resepi from: Kak Ayu (Curlybabe's Satisfaction) (click)

Tak kuasa nak posing cantik2 pasal dah lambat. Yang penting, pakai pinggan baru....lol!

Bahan-bahannya:

Lapisan bawah:
150g tepung beras
21/2 cawan santan (625ml)
1 sudu teh garam












Lapisan atas:
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan air gula melaka dicampur 1 tbsp gula pasir(larutkan dulu)**
3 biji telur
1/2 sudu teh garam













**air gula melaka diperolehi dengan didihkan seketul gula melaka dan air. Gambar dibawah menunjukkan ia dilarutkan dengan gula.

Cara-caranya:

Sediakan kukusan. Seperti mengukus kuih2 talam yang lain ataupun Putri Salat, tutup kukusan dibalut dengan kain, agar wapnya meresap sewaktu process mengukus dan titisan air tidak jatuh keatas permukaan kuih dan merosakkan kuih kita.

Lapisan Bawah:


Kacau tepung dengan santan dalam mangkuk. Masukkan juga garam. 
Kacau sebati.




 Bila dah sebati, tapis dan tuang adunan dalam loyang.



 

Ini langkah PENTING!
Letakkan loyang dalam kukusan yang tengah mendidih airnya. Kacau adunan sampai adunan agak2 bergentel. Tutup kukusan dan kukus dalam 20 min atau sampai masak. Sementara itu, buat lapisan atas.



Lapisan atas:




Pukul telur


 
 

Dalam bekas yang berasingan dan sedikit besar, campur bahan2 lain dan juga telur. Pukul hingga sebati.





Tapis adunan.






Tuang adunan ke atas acuan yang mengandungi lapisan bawah yang dikukus tadi. Pastikan lapisan bawah dah masak baru masukkan lapisan atas ye.






Kukus lagi selama 15 - 20 min atau hingga masak.







Siap dipotong untuk dibawa ke Dua M
Resepi Talam Beras sememangnya akan tersenarai dalam resepi2 yang pasti akan dibuat lagi.
Taste just right.
Cuma I'm wondering macam mana nak gelapkan lagi warna lapisan atas.
Kak Ayu punya has a very chocolatey colour.
How ekh Kak Ayu? Zam da pakai dua ketul gula melaka dalam adunan air gula melaka tu.
Tapi tetap pucat.
If you are reading this Kak Ayu, ada tips2 tertentu?
After my few attempts on kuih-muih melayu, 
one thing for sure that I knew is that
I SUCK (pardon my french) AT POTONG-MEMOTONG KUIH!!!
Buruk seburuk-buruknya kuih2 kita bila dipotong.
LOL!

Walau apa pun, 

ANOTHER PAT ON THE BACK ZAM!!!!

Wassalam

Wednesday, July 21, 2010

PUTRI SALAT / SRI MUKA

Dengan nada dan kesungguhan persis Aziz Sattar dalam filem
 Bujang Lapok apabila beliau memasak.....

"....SUCCESS....SUCCESS....SUCCESS!!!!!!!!!!"

Opps!
Lupa nak beri salam. Excited sangat...

Assalammualaikum Wr Wb semua......

Dengan ini kita dengan penuh kesyukuran serta rasa rendah diri  
(bangga sikitlah terhadap diri sendiri hehehe)
ingin mengisytiharkan bahawa 
Projek Putri Salat kita....
BERJAYA!!! 

Alhamdulillah....
First time cuba menjadi...sigh....anak bujang berkaliber saperlah ni...hehehe

Kuih ni favourite Arwah Nenek
Selalunya apa yang dia favourite, kita akan favourite jugak pasal benda favourite tulah yang akan disental ke mulut kita.

Masih ada cacat cela sikit...masih bole diperbaiki. 
Ala...first time babe....
Mastura Alwi pun bukannya buat first time terus perfect. hehehe. 
Practice makes perfect mah.....
Lagipun ni buat untuk makan sendiri. hehehe

Yang kasi resepi ni, Bik Erna
(bekas pembantu Arwah Nenek dan sekarang pembantu Mama Sue) kita.
Dia belajar dari Arwah Nenek.

Tapi kita came across another resepi from MAT GEBU . (kilik nama pat sini kalau nak gi blog dia)
Akan-akan sama so kita pakailah resepi Mat Gebu. Terima kasih ye Mat Gebu.
(Iskh! tgk dekni nye blog, bole jadi gila tau dengan koleksi pinggan mangkuk dia...gerammm......)
So tanpa membuang masa....inilah dia

PUTRI SALAT

 
Bahan Lapisan Bawah:

500 g beras pulut - direndam selama 30 minit
400 ml santan cair - satu kotak kecik santan Kara dikeluarkan isinya lalu kotaknya diisi air dan dicampur ke santan pekat yang dah dikeluarkan tadi
1 suda teh garam -
boleh kurangkan kalau nak
2 sudu teh makan minyak masak
















Bahan Lapisan Atas:

120g tepung gandum*
3 sudu makan tepung jagung*
(*disatukan dan diayak)
140g gula halus (boleh lebihkan sedikit kalau nak manis - kita suka manis so kita taruk 160g)
3 biji telur - kalau boleh yang gred A
450 ml santan pekat*
4 helai daun pandan, kerat kecil*(*dikisar halus dengan sedikit air dan tapis)
Beberapa titik pewarna hijau
1 sudu teh garam - boleh kurangkan kalau nak














Cara-caranya:

Panaskan kukusan. Toskan pulut dan masukkan dalam tin. Lagi afdhal kalau tin itu berukuran
(9 x 9 x 3) inci. (Kalau tak ada pakai yang akan-akan sama lah. Ini adalah agar kuih tu nanti tak tinggi sangat.) Kemudian masukkan semua bahan utk lapisan bawah, gaul dan ratakan pulut.














Kukus selama 25 - 30 minit. 














Keluarkan tin dari kukusan dan tekan sedikit supaya padat dan rata. Nak pakai tangan, pulutnya panas sangat so kita pakai sendok. Kalau ada glove itulah yang semolek-moleknya.














Taruk ketepi. 
Ni pulak untuk lapisan atas. 
Satukan tepung gandum dan tepung jagung lalu diayak.














Daun pandan dibuat seperti apa yang tertera di atas.



















Air pandan tersebut disatukan dengan tepung yang sudah diayak. Masukkan juga telur, gula, santan, sedikit pewarna hijau dan sedikit garam (part ni kita ada derhaka sikit pasal kita taruk santan dengan air pandan asing-asing. Sepatutnya disatukan. tapi tengok takde masalah jer so ok lor...)
Kacau menggunak whisk hingga adunan sebati dan rata.
Tapis adunan dan perlahan2 tuang atas pulut tadi. 


















Kukus 1 jam atas air mendidih. 
Gunakan api sederhana. Balut penutup kukusan utk mengelakkan air jatuh atas permukaan kuih. 













Masa menanti tu penuh debaran. 
Entah jadi ke tidak...hehehe.
Part kukus tu pun kita derhaka sikit. Kita kukus 1 jam 15 min. Nak betul2 lapisan atas tu kenyal.
Dah habis biar, keluarkan tin dari kukusan dan biarkan ia sejuk.
Atau istilah baking, rest. 
MACAM PAHAM ZAM! hehehehe

Seperti yang kita katakan, masih ada ruang untuk diperbaiki.
Misalnya the next time around akan kita bubuh lebih sedikit pewarna hijau agar warnanya lebih mengancam.
Dan akan kita pelajari macam mana nak buat kuih ni betul2 kenyal agar bila dipotong, cantik je hasilnya....
Macam pat Begawan Solo atau pat jemputan-jemputan kahwin.

Walau apa pun.....

PAT YOURSELF AT THE BACK ZAM!!!!

SYABAS PADA DIRIKU!!! heeee.......

The Aftermath....



Wassalam