Sunday, July 18, 2010

AYAM GORENG BERLADO

Assalammualikum Wr Wb

Resepi ini merupakan salah satu PEE-BEE-RET kita.
Asal resepi ni sudah pasti masakan orang Minang. 
Masakan Padang.
Kali pertama merasanya adalah lebih dari 15 tahun yang lalu. 
Tahun 1994 kalau tak silap. 
Masa tu Arwah Nenek bawak melancong pergi Sumatra Bukit Tinggi.
Arwah Nenek memang kuat jalan masa sihatnya dulu.
Baik dalam negeri atau luar negara. 
Dia selalu ajak Arwah Atuk tapi Arwah Atuk pulak tak kuasa. LOL!
Jawapannya selalu, "....kau bawak jelah Eijam....."
Jadi....selalu yang untung, kompoi sulung Kak Endor lah!!!! LOL!

Anyway, kita dah syok giler makan Ayam Berlado masa dekat Bukit Tinggi sampaikan kita ngecek dengan Arwah untuk masak bila kita balik Singapore nanti. 
Arwahnya apa2 memang main sondol je.
Takde segan silu. 
Masa di salah satu restaurant di sana, Arwah tanya tukang masak pat situ macam mana nak buat lauk tu.
Balik Singapore, dia buat, SUCCESS!!!
Arwah Atuk tanya mana belajar dia jawab,
"....alah....senang jer. Rasa je dah tau apa bahannya..."

Yelah tu Kak Endor!!!!!!

Ayam Goreng Berlado versi Arwah Nenek saya ni ada rasa masam2 manis.
 
Selamat mencuba!

Bahan-bahannya:

Cili kering - dikisar (agak-agaklah ye...kalau nak pedas lebihkan kalau tak, segenggam setengah jadilah)
bawang putih 4 biji - dikisar
halia 1" setengah - dikisar
 6 - 10 batang lada merah - ditumbuk kasar
limau belacan / limau nipis - 6 biji ambil perahan airnya sahaja
gula secukup rasa
minyak untuk menumis













dan semestinya
 1 kilo ayam - diperap dengan garam dan serbuk kunyit lalu digoreng terlebih dahulu

arr ni penting. nak tunjuk macam mana lada merah fresh tu ditumbuk kasar. Ni lah yang buat lauk berlado tu dinamakan berlado. Orang kata lagi banyak lagi bagus. Kalau malas blender je. Tapi jangan sampai halus. Tu sebab kita tumbuk. Jadi kita tau kekasarannya.















Cara-caranya:

Mulakan dengan Bismillahhirohmannirahim
Panaskan minyak.
Tumis bahan-bahan kisar macam tumis sambal biasa. Sampai pecah minyak.
Masukkan cili merah yang ditumbuk kasar tadi.
Masak sebentar lalu masukkan gula secukup rasa.
Kemudian masukan ayam. Gaul hingga sebati.
Akhir sekali masukkan perahan air limau belachan / nipis dan tutup api.
Rasa pedas, manis dan masam harus seimbang. Terpulang pada rasa masing2. Boleh lebihkan mana yang suka. Dan seperti biasa nasihat saya, api jangan terlalu besar takut sambal nya hangus.


Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang. 
Alhamdulillah....
Wassalam

*Arwah Nenek ada cakap lauk ni bole ditukar kepada, ikan ataupun daging. Sama ada daging batang pinang atau paru. Tak pernah try. Tapi boleh kot....


No comments:

Post a Comment