Assalammualaikum Wr Wb
Salam Tuesday pada semua.
Sungguh bersemangat hari ini selepas satu hari yang mendak semalam.
Selepas masak, kita layan DVDs dan movies di YouTube.
Dan juga blog2 masakan orang lain dan Facebook.
Got a message from Shah.
Alhamdulillah rezeki hosting untuk show Hari Raya.
Anyway, semalam bukak fridge, banyaaakkkkkk sungguh sayur-sayuran.
Langsung tak bukak dah freezer pat atas. (hehehe bukak jugak, nak keluarkan udang....)
Terus keluarkan sayur-sayuran tu semua.
Ingatkan nak buat Chap Chye tapi memandangkan isi ikan dan fish sauce takde,
kita masak campak2 jelah.
Maka jadilah Veggie Fiesta...LOL!
Meriah sungguh kuali kita Cik Kiah....
Bahan-bahannya:
6 ulas bawang putih - dicincang
2 biji bawang besar - dihiris
1/2 kilo udang - buang kepala
2 keping fishcake - dihiris
1 batang carrot - dihiris nipis
cabbage*
snow peas*
bunga kobis*
*banyak ikut suka hati
1 tin cendawan butang
2 tin jagung
1 cawan air
sedikit tepung jagung
1 sudu makan serbuk PASTI SEDAP (HAO CHI) KNORR
sedikit minyak Cara-caranya:
(ADUHH!!!! GAMPANG BANGET!!!!)
Mulakan dengan Bismillahirohmannirrahim
Panaskan minyak lalu tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan udang dan tunggu hingga udang masak.
Masukkan fishcake dan juga segala macam sayur yang sudah disediakan. Kita masukkan carrot, bunga kobis, cabbage, snowpeas dan akir sekali sayur2 dalam tin.
Kemudian masukkan air biar sayur2 tu semua masak.
Masukkan serbuk PASTI SEDAP(HAO CHI) KNORR (benda ni macam serbuk perasa tapi lagi lengkap)
Akhir sekali tepung jagung untuk pekatkan sos.
Resepi ini adalah sukatan untuk satu kuali besar. Agak2 nak kurangkan, pandai-pandailah sukat ye....
Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Hari ini pulak kita lagi duk terfikir apa nak masak.
Dan sejak kita melayan blog2 orang lain, tetiba terdetik pulak hati ni,
maybe I should start doing tea time savouries.....
hmmm.......
Wassalam
No comments:
Post a Comment