Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

KUAH CELOK

Assalammualaikum Wr Wb...

Arwah Nenek pernah cakap,

"Orang Boyan kalau tak tau makan Kuah Celok lebih baik jangan jadi Orang Boyan..."

Kuah Celok to the Boyanese people,
is like Tempe to the Javanese,
Pasta to the Italians,
Sushi to the Japanese,
Tandoori to the Indians,
and bla bla bla bla....

KUAH CELOK KACANG PANJANG


Bahan-bahannya:

kacang panjang secukupnya
2 biji buah keras - dikisar
1 1/2 inci kunyit hidup - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
1 inci belachan - dikisar
1 1/2halia - dikisar
sedikit cili kering - dikisar
2 keping asam keping/gelugor
garam dan perasa secukupnya













Cara-caranya:
Tumis bahan-bahan kisar. Masukkan air secukupnya (kita pakai 2 blender penuh). Masukkana asam keping. Bila mendidih, masukkan kacang panjang. Perasa dengan garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih Hidangkan bersama nasi panas dan sambal belachan....Fuhh......Jatuh boiii!!!!!!!

Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.
Alhamdulillah

This was what my Arwah Nenek fed me ever since the first time I could eat rice.
Orang kata lauk ni versi Melayu adalah Lauk Asam Rebus.
Entah lah....agaknya kot....

Wassalam


Thursday, August 19, 2010

STIR-FRIED SAYUR KACANG BUNCIS

Assalammualaikum Wr Wb

Bila tiba jer bulan puasa ni, tentu ramai yang duduk terfikir nak masak apa.
Ada yang ambik jalan mudah.
Lauk tunjuk jawabnya.
Bazaar Ramadan pat Singapura ni pun merata2.
Ada yang masak sekali harum untuk buka dan sahur.
Ada juga yang masak untuk buka lain, yang untuk sahur lain.
Kita jatuh dikategori yang terakhir. LOL!
Dalam rumah ni, apa yang dimasak untuk buka, akan habis waktu buka tu jugak.
Sahur kalau ada belen2 kuah pun dah kira bagus.
Jadi kenalah masak lagi untuk sahur.
Yang penting habis, tak membazir dah Alhamdulillah.

Nasib baiklah sahur budak2 ni semua makan setengah sedar.
Jadi lauk apa yang dimasak pun dorang tak banyak soal.
Dan lauk sayur buncis ni lah yang selalu kita buat. 
Dah 7 hari straight kita buat.
Habis jugak, so maknanya ok lah kan...

Lauk ni boleh dipelbagaikan bahan2 nya.
Kadang2 kita tambah udang kering, fishcake atau hotdog atau telur scramble.
Terpulang pada anak tekak masing2 dan kehadiran bahan2 tersebut dalam peti ais anda yer...

Personal favourite of mine because of it's crunchiness. 

STIR-FRIED SAYUR KACANG BUNCIS


maaf tiada gambar bahan2 dan cara2nya kerana buat pagi2 buta masa nak prepare sahur.
Tak kuasa nak petik banyak2 gambar.

Bahan-bahannya:

sebungkus sayur kacang buncis (kita beli pat NTUC Fairprice, dah siap bungkus. tak tau berapa banyaknya)
1 biji bawang besar - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
1 batang cili merah - dihiris
1 batang cili hijau - dihirs
2 sudu besar sos tiram
sebiji telur discramble
gula, garam dan serbuk perasa

Cara-caranya:

Panaska minyak dan dengan ungkapan Bismillahhirohmannirahim, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga naik bau lalu masukkan cili merah dan hijau.
Masukkan sos tiram, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau sebati.
Masukkan sayur dan telur yang telah discramble.
Kacau hingga sebati.

Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.
Alhamdulillah

Wassalam
 

Friday, July 30, 2010

STIR FRIED HOT PLATE TOFU ( without the hot plate)

Assalammualaikum Wr Wb...

 Tak kuasa kita nak pakai hot plate segala.
Pat kedai boleh lah, pasal semua makan sekaligus.
Buat pat rumah, semua makan lain2 timing.
Masak dalam kuali, semua campak, pun cantik.........
Tanpa berlengah, inilah dia, 

STIR FRIED BEANCURD

cheh cheh...dia pun nak taruk label pat gambar. gerammm........hehehe

Bahan-bahannya: 

6 gulung tofu jepun - dipotong 6 atau 8 lalu digoreng dan ketepikan
3 ulas bawang putih - dicincang halus
200 grm ayam kisar (minced meat) - kita pakai daging lembu. lebih berkenan ayam tapi takde
3 biji lada benggala(capsicum) - 3 warna dan didadu kasar atau dipotong 12.
- boleh juga tambahkan bahan2 lain seperti udang, cendawan, hirisan fishcake dan lain2 lagi. ikut selera masing2 ye....

Seasonings:

2 sudu besar spicy bean sauce - boleh didapati di kedai2 runcit atau minimart.
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak bijan 
air secukupnya / campuran air tepung jagung
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis





cheese hot dog tu pedulikan yer. entah macam mana boleh terselit. hehehe






Cara-caranya:




Potong tofu, goreng lalu ketepikan.





Mulakan dengan Bismillahhirohmannirahim. Panaskan minyak, lalu masukkan hirisan bawang putih. Tumis sampai wangi. Api sederhana.







Masukkan lada benggala.






Masukkan daging kisar, gaul rata dan biarkan sampai daging masak.






Masukkan chilli bean paste. Kta tak tahu orang Melayu panggil apa. hehehe. Yang penting, pastikan Halal ye.







Masukkan sos tiram dan minyak bijan.






Kalau pekat sangat, tambah air. Kalau cair sangat macam kita punya, tambah air campuran tepung jagung sedikit. bubuh garam dan gula mengikut citarasa masing2.




Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.

Wassalam

Tuesday, July 20, 2010

TAUGEH STIR-FRY

Assalammualikum Wr. Wb

Selain dari lauk lemak, hari ni pun kita masak sayur taugeh.
Mintak ampun....senang sungguh lauk ni.
Potong potong potong....seeerrrr ke dalam kuali.


Bahan-bahannya: 

taugeh secukupnya  - cuci dan toskan, kita pakai 150 gm
1 keping tauhu putih - potong dadu dan goreng lalu angkat dan toskan
2 keping fishcake - dipotong nipis
1 biji bawang besar - dihiris halus
4 ulas bawang putih
- diketuk (pakai hujung pisau)
1 biji cili meah/hijau - dihiris halus
1 1/2 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis














Cara-caranya:

Mulakan dengan Bismillahhirohmanirrahim.
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng bawang besar hiris, bawang putih ketuk dan cili hiris. Kacau rata.
Tuang sos tiram dan kacau, kemudian masukkan tauhu dan hirisan fishcake bersama sedikit gula dan garam, gaul rata. 
Masukkan taugeh dan gaul rata.
Sendiri rasa. kalau kurang manis atau tawar, pandai-pandai tambah ye Cik Kiah....

Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang
Alhamdulillah...

Lauk ni selalu Arwah Nenek buat untuk Arwah Atuk ketika bulan Ramadhan
Lauk untuk sahur. Macam-macam variasi.
Kadang-kadang dia taruk kupang, kadang-kadang hirisan ikan masin.
Apa-apa pun lauk ni, orang Malaysia cakap
SEMPOI!!!

Wassalam

VEGGIE FIESTA

Assalammualaikum Wr Wb

Salam Tuesday pada semua.
Sungguh bersemangat hari ini selepas satu hari yang mendak semalam.
Selepas masak, kita layan DVDs dan movies di YouTube.
Dan juga blog2 masakan orang lain dan Facebook.
Got a message from Shah
Alhamdulillah rezeki hosting untuk show Hari Raya.

Anyway, semalam bukak fridge, banyaaakkkkkk sungguh sayur-sayuran.
Langsung tak bukak dah freezer pat atas. (hehehe bukak jugak, nak keluarkan udang....)
Terus keluarkan sayur-sayuran tu semua.
Ingatkan nak buat Chap Chye tapi memandangkan isi ikan dan fish sauce takde,
kita masak campak2 jelah.
Maka jadilah Veggie Fiesta...LOL!
Meriah sungguh kuali kita Cik Kiah....


Bahan-bahannya:

6 ulas bawang putih - dicincang
2 biji bawang besar - dihiris

1/2 kilo udang - buang kepala
2 keping fishcake - dihiris
1 batang carrot - dihiris nipis
cabbage*
snow peas*
bunga kobis*
*banyak ikut suka hati

1 tin cendawan butang
2 tin jagung

1 cawan air
sedikit tepung jagung 
1 sudu makan serbuk PASTI SEDAP (HAO CHI) KNORR
sedikit minyak















Cara-caranya: 
(ADUHH!!!! GAMPANG BANGET!!!!)

Mulakan dengan Bismillahirohmannirrahim

Panaskan minyak lalu tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan udang dan tunggu hingga udang masak.
Masukkan fishcake dan juga segala macam sayur yang sudah disediakan. Kita masukkan carrot, bunga kobis, cabbage, snowpeas dan akir sekali sayur2 dalam tin.
Kemudian masukkan air biar sayur2 tu semua masak.
Masukkan serbuk PASTI SEDAP(HAO CHI) KNORR (benda ni macam serbuk perasa tapi lagi lengkap)
Akhir sekali tepung jagung untuk pekatkan sos.

Resepi ini adalah sukatan untuk satu kuali besar. Agak2 nak kurangkan, pandai-pandailah sukat ye....

Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang. 
Alhamdulillah...

Hari ini pulak kita lagi duk terfikir apa nak masak.

Dan sejak kita melayan blog2 orang lain, tetiba terdetik pulak hati ni,
maybe I should start doing tea time savouries.....
hmmm.......

Wassalam

Friday, July 16, 2010

UNLEASHING THE TALENT WITHIN

Alhamdulillah.
It has been a while now since I'm back with my family. 
Full circle indeed. A damn big circle.
From Bukit Batok - Clementi - Jurong West - Kuala Lumpur -Bukit Panjang
And now back to dear old Bukit Batok. 
 Obviously not my old house but Bibik Idah's
Which is just 2 blocks away from the old one. 

Sesunguhnya Allah itu maha mengetahui. Segalanya telah tertulis di Lauh Mahfuz
Aku terima segalanya. 
Mungkin Allah masih menyayangi aku dan tidak mahu membuat perhitungan ketika hari perhitungan di Yaumal Maksyar kelak. Subhanallah. 

Ku bersyukur padaMu, Ya Rabbul Izzati kerana menyedarkan ku yan berada dalam kekhilafan. Sujud syukur ku hanya pada Mu, Ya Allah.

It has not been easy and I regretted not listening to those who advised me against embarking on something which I thought would change the course of my future.
Instead I sunk deeper and ended up bruised very badly. 
So bad that I swallowed my pride and pushed aside my ego 
and ended up knocking on Bibik Idah's door.
And at that moment, Arwah Nenek's words came smacking onto my head.

"Ingat eijam...busuk mana pun, keluarga jugak yang akan tolong. Kawan-kawan tak ke mana. Aku 'paseingak' kau pun bukannya kau nak dengar. Dah kena nanti 'phuru bekna tau'...."

Trueness indeed. 
In fact her words starts to ring in my head when, a day before I came knocking on Bik Idah's place, a certain SOMEONE whom I thought could be there for me and who uttered these exact words,
 
".....k, kita make a pact. Walau apa pun terjadi, jangan sampai kita putus saudara and persahabatan..." actually turned his back against me. 
"Jangan ganggu aku..." was what he said. Best part was, someone else has to say that for him. 
Double whammy!

Walau apa pun, pada aku, kau tetap kawan aku, kau tetap adik aku. Dan aku faham kenapa kau bertindak sedemikian. Whatever the future is, I hope all is well with you and whatever that I've given you, Aku Halalkan. InsyaAllah.

Within the family itself, all is well. 
Except for Baba

"Takpe eijam...kau sabar jer. Bukan senang bapak kau nak lupakan perkara tu. Kita kalau buat jahat, orang akan ingat . Bukan senang nak jadi baik. Kau sabar jer. Sholat jangan lupa doa, Allah lembutkan hati baba kau. Kau tinggal je kat sini."

Somehow or rather, Bibik Idah's words or rather the way she conveys it,
reminds me of Arwah Nenek.
Well, she's the only one that relatives said having the closest resemblance to Arwah.

Lots of damage has been done. 
Slowly but surely I will rectify them. 
InsyaAllah.

Still looking for a job. 
All the time that I've been here, I keep myself occupied by voluntarily running the household. LOL!
Bukan orang lain pun. Keluarga sendiri. Anyway, takkan lah aku nak duduk free tak buat apa-apa.
Normal household stuffs. 
Cleaning the house (2 stories mind you), doing the laundry.
And just recently, I've been entrusted to cook for the family. It started with one dish, sambal telor.
Bik Idah said that my 'air tangan' is the same as Arwah Nenek's and the fact that Cik Din, 
her hubby, does not complain, she gave the go ahead.

Dan oleh itu, berbekalkan Al Fatihah dan sholawat, dengan hati yang berdebar-debar,
I unleashed the Chef Wan in me. WooHoo!!!!!

It has been a week now since I've started cooking. 
And I am sure having fun!
Noticed that there are a lot of blogs dedicating themselves to recipes.
Me being free with nothing else to do before I got a job, decided to do the same.
But even if InsyaAllah, I do get a job, I will still be posting the recipes because
SHARING IS CARING!!!

 My recipes are not over the top lah kan. 
Family recipes jer...yang dipelajari dari Arwah Nenek.
And also those from here and there lah....
Good thing that I like to menyibuk in kitchens and watched people cook. 
Good thing also I am a foodie and always wants to know 
how certain delicious dishes are created.
PLUS!!! Watching cooking shows helps a lot too.

On the first day, after a quick survey of things in the kitchen 
and remembering what the ingredients are,
I decided to do
KENTANG GORANG & IKAN BAWAL MASAM MANIS.
Fairly simple. 

KENTANG GORENG

Bahan-bahannya:

8 biji kentang - rebus sampai empuk, sejukkan kemudian buang kulit & dipotong ikut suka hati  
6 ulas bawang kecik - potong halus    
udang kering - segenggam, direndam dalam air terlebih dahulu hingga kembang
lada putih/pepper - 2 sudu besar
2 biji telur - dipukul
minyak untuk menumis - sedang2 nak buat bawang goreng
daun sup & daun bawang untuk hiasan - tak de pun tak pe...eksyen je ni buat blog...(tapi kalau nak sedap bau, taruk lah...)














Cara-caranya:

Udang dikeluarkan dari rendaman air lalu di keringkan. Ambik kitchen tissue, bungkus dan ramas-ramas kasi kering.KENA KASI KERING Kemudian di tumbuk halus. Setelah halus, masukkan lada putih/pepper dan gaul rata. Ketepikan.















Mulakan dengan Bismillahhirohmannirahim.....
Panaskan minyak dan goreng bawang yang dah dipotong halus hingga garing. Akan-akan bawang goreng. Api jangan kuat-kuat, nanti hangus sangat, the dish jadi pahit. Agak-agak lah ye...kalau malas nak express pakai je bawang goreng dah siap, setakat panaskan kasi garing lagi sikit.

dari macam ni....














jadi macam ni....( ni ada hangus sikit. so elakkan dari hangus k....)















Kemudian masukkan kentang yang sudah dipotong tadi dan juga adunan udang kering dan lada putih/pepper. Gaul rata. Ingat! Api tak usah kuat sangat, takut nanti bawang goreng hangus benda ni jadi kelat dan pahit. Akhir sekali masukkan telur yang telah dipukul tadi. Gaul segaul-gaulnya Cik Kiah oii....






















Kalau mahu, taruk serbuk perasa sikit. Tak payah garam because udang kering dah memang masin pun. Hias dengan daun sup dan bawang lalu 

Hidangkan dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah.
 *boleh dimakan dengan nasi atau begitu saja. 

Alamak....panjang lah sangat post ni...I'll post the Bawal Masam Manis at the next post k.

Wassalam