Saturday, July 31, 2010

SPAGHETTI BOLOGNAISE ala ASIA

Assalammualaikum Wr Wb...

Penat tak terhingga.
Ini baru masak 3 macam lauk.
Macam manalah Arwah Nenek dulu masak untuk kenduri atau hari raya sorang2.
Makcik2 kita yang lain?
Ada....
Dorang pun tolong jugak.
Tolong bungkus....LOL!

Lauk2 tu semua tak sempat di-posing pasal dah kelam kabut.
Takpe, dah pesan dengan Aishah untuk click2 pat sana.
Kenapa kita tak pergi kenduri Arwah  keluarga kita?
Biar Allah saja yang tahu (mcm advertisement zakat MUIS).....LOL!

Anyway, semalam kita buat pasta.
Spaghetti Bolognaise.

VIVA ITALIA!!!!!!!
Tapi entah macam mana, rasanya ada pedas sikit dan ada iras2 kuah bone steak.
Mungkin banyak sangat tomato sos kot.
Walau apa pun it still look and taste bolognese thus the name,

SPAGHETTI BOLOGNAISE ala ASIA


Bahan-bahannya:

500 gram/ 1 bungkus spaghetti - rebus spaghetti dengan air yang dicampur sedikit minyak dan garam  (kita pakai yang 'angel hair', halus....jadi tak cepat muak)300 gram daging cincang
2 biji bawang besar - di potong dadu
3 biji bawang putih - dicincang
4 sudu besar cili kisar/ cili boh (kalau tahan pedas, taruk lebih, kalau tak, kurangkan)
3 biji tomato - didadu
2 sudu besar sos tomato Maggi
1 tin tomato paste
satu sudu teh serbuk bay leaves / 1 keping bay leave
garam dan gulu secukup rasa
Minyak untuk menumis (seafdhal-afdhalnya minyak zaitun ye)






gambar ni takde cili kisar/ cili boh ye. 
harap maklum.





dan ini adalah STAR OF THE SHOW kita yer....segelas susu HL. Jangan ketawa...try dulu baru tau sendiri.


















Cara-caranya:




Mulakan dengan Bismillahhirohmannirahim.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.






Masukkan bawang. Tumis hingga garing.







Masukkan cili kisar/cili boh. Tumis hinga pecah minyak.






Masukkan daging kisar. Gaul rata.






Masukkan segala macam bahan yang ada kena mengena dengan tomato. Sos tomato, tomato paste,
tomato segar yang telah didadu. Kacau rata.






Masukkan 'STAR OF THE SHOW'....segelas susu. hehehe






Masukkan serbuk bay leaves atau sekeping daunnya.
Tambah garam atau gula secukup rasa.
Gaul segaul-gaulnya. Rasa. Apa2 kurang pandai2 tambah ye....



Nak betul2 makan macam orang Italy, tuang keju parmesan diatas pasta apabila dihidangkan nanti. 

Hidangkan dengan penuh rasa kasih dan sayang.
Alhamdulillah.

Wassalam

Friday, July 30, 2010

AYAM GORENG BEREMPAH

Assalammualikum Wr. Wb

Boring tau asyik2 kalau makan ayam goreng yang dilumur dengan serbuk kunyit.
Goreng pakai tepung instant pulak senang muak.
Pakai rempah sendiri lagi muai.
Da perap lama2 lepas tu goreng.....fuhh....
baunya, jiran sebelah pun tahu tau kalau kita goreng ayam.
Tu bau je, belum rasa. 
Yang ni kita guarantee seratus peratus.
Diiktiraf oleh kompoi-kak-endor.blogspot.com
hehehehe.
JEMPOLAN!!!!! SEDARRRPPPP!!!!!!!!!! 

Resepi ni senang sangat2.
Lebih2 lagi bagi ibu2 bekerja (chey.....mcm paham zam) 
Atau bujang trang tang tang tang tang tonceng tonceng........................hahaha

ni gambar je kurang menyelerakan tapi rasanya, InsyaAllah....sedap. Percayalah.....

Bahan-bahannya: (sori, resepi takde gambar...tak sempat)

700g- 1kg ayam dipotong lalu dikeringkan. ( biasa lah, kita gunakan kepak ayam)
4-6 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang merah - dikisar
2" halis - dikisar
2 batang serai - bahagian putih sahaja, dikisar
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 sudu besar rempah kari

1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit lada sula / pepper
1-2 sudu besar kicap soya cair
dua tangkai daun kari

Cara-caranya:





Kisar semua bahan kisar. Kemudian campur dengan bahan2 lain dan daun kari dan gaul lagi. Perapkan sebaik2nya semalaman. Seawal2nya 4 jam.





Panaskan minyak yang banyak. Pastikan betul2 panas baru masukkan. Kalau nak jiran sebelah tahu awak semua goreng ayam, buka pintu buka tingkap. Aromanya confirm keluar. Sentiasa balik2 ayam. Kalau tidak ia akan senang hangus. Dah masak, angkat dan toskan.

Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.

Wassalam

STIR FRIED HOT PLATE TOFU ( without the hot plate)

Assalammualaikum Wr Wb...

 Tak kuasa kita nak pakai hot plate segala.
Pat kedai boleh lah, pasal semua makan sekaligus.
Buat pat rumah, semua makan lain2 timing.
Masak dalam kuali, semua campak, pun cantik.........
Tanpa berlengah, inilah dia, 

STIR FRIED BEANCURD

cheh cheh...dia pun nak taruk label pat gambar. gerammm........hehehe

Bahan-bahannya: 

6 gulung tofu jepun - dipotong 6 atau 8 lalu digoreng dan ketepikan
3 ulas bawang putih - dicincang halus
200 grm ayam kisar (minced meat) - kita pakai daging lembu. lebih berkenan ayam tapi takde
3 biji lada benggala(capsicum) - 3 warna dan didadu kasar atau dipotong 12.
- boleh juga tambahkan bahan2 lain seperti udang, cendawan, hirisan fishcake dan lain2 lagi. ikut selera masing2 ye....

Seasonings:

2 sudu besar spicy bean sauce - boleh didapati di kedai2 runcit atau minimart.
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak bijan 
air secukupnya / campuran air tepung jagung
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis





cheese hot dog tu pedulikan yer. entah macam mana boleh terselit. hehehe






Cara-caranya:




Potong tofu, goreng lalu ketepikan.





Mulakan dengan Bismillahhirohmannirahim. Panaskan minyak, lalu masukkan hirisan bawang putih. Tumis sampai wangi. Api sederhana.







Masukkan lada benggala.






Masukkan daging kisar, gaul rata dan biarkan sampai daging masak.






Masukkan chilli bean paste. Kta tak tahu orang Melayu panggil apa. hehehe. Yang penting, pastikan Halal ye.







Masukkan sos tiram dan minyak bijan.






Kalau pekat sangat, tambah air. Kalau cair sangat macam kita punya, tambah air campuran tepung jagung sedikit. bubuh garam dan gula mengikut citarasa masing2.




Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.

Wassalam

BILA ZAMRI JADI BABY -SITTER

Assalammualaikum Wr. Wb.

FFUUHHH!!!!!!
Berabuk sikit tempat ni.
Maaflah, sibuk sesangat sejak semalam. 
Hari Rabu pulak dah memang tak kuasa nak ngadap laptop 
pasal dah sehari suntuk ngadap TV.
Boleh muntah darah tau tengok Gerimis Di Hati 2
Sampai campak2 bantal. hahaha.

Anyway, semalam dengan hari ini, kita betul2 tak cukup tangan.
Mana nak masak, kemas rumah, cari kerja pat internet, prepare benda untuk kenduri besok dan macam2 lagi lah yang selalu nya mak2 kena buat.
Dan selain daripada itu, kita terpaksa melakukan satu lagi tanggung jawab iaitu, dekni...


Adik sepupu kita. 
Anak bongsu Mama Sue.
Nur Qoriatul Fatin.
Babysitter dia sakit, so dua hari ni kita menjadi timbalan babysitter. lol!
Alhamdulillah senang jaga budak ni.
Tak banyak songeh.
First day je nangis, sedih, pasal tiba2 suasana dan keadaan macam lain gitu.
Tapi hari pertama tu, lepas tengah hari dah ok dah.
Tak banyak songeh pun, kita nak kena ada dengan dia selalu.
Tak leh tinggal2kan. 
Tingal jer nangis.
Kesian lah pulak.
Jadi bila dia tidur jelah, baru kita cepat2 buat kerja.


Si Fatin ni umur dia nak 2 tahun dah.
Tapi masih belum berbual lagi.
Nak apa2 tunjuk.
Dulu kakak dia 2 tahun dah lancar berbual. 
Charpet kata orang Boyan.
Maybe pasal Fatin ni lahir tak cukup bulan, tu sebab perkembangan dia lambat sikit.
Bukan kita pandai2 ye...Bik Idah yang pandai2. LOL!

And....
FIRST TIME WA TUKAR PAMPERS BABE!!!!!
(tsk tsk tsk...anak bujang sape lah ni ye....tender bagi siapa nak masuk meminang dibuka sekarang. Minimum bidding hantaran $20,000....hahahhahaha dream on Zam!!!!!)

Anyway, entry ni kena buat cepat2, pasal kita tak nak tangguh2 takut makin berlambak nanti.
Coming up kita akan secepat mungkin meng-upload resepi2 yang tertunggak.

Wassalam

Wednesday, July 28, 2010





TERIMA KASIH






PHEW!!!!

Assalammualikum Wr Wb

It has been a while since I last had a good laugh.
Definitely enjoy the dinner and 'buat-dosa-depan-bergossip-depan-masjid-sultan' (gossip general ye....borak2 kosong. bukan yg sampai mengaibkan orang lain) with some of
Rentak Cilik's Mini Monsters facilitators.
Earlier on we had a meet up session with big boss Najip
small boss Rilla and big producer Lydia.
Sharing the companies vision mission yadayadayada....
Nice meeting new facilitators - Zana and Erni.
Catching up with old ones like ever-busy-organizer-forever-full Adi and irritating Fadly.
*Alhamdulillah, kita tadi tak se-plastic yang kita jangkakan. (adi....sharddap)

Anyway during the dinner, an interesting conversation with Erni ensues after I casually asked the bunch whether they watch Gerimis Di Hati on Suria......

Erni: Oh....I acted in 2 episodes. Supporting role jer.
Me: You did? You know the __________?
Lydia: A? Sape tak kenal dia...dengar2 dia ada boy baru...
Me: *(muka tertoleh sepantas kilat ke Lydia)
Erni: Hahaha yaa...on set memang. with this particular crew.
Me: *(muka tertoleh sepantas cahaya ke Erni ) Ouh, Me actually nak tanya crew.
Erni: I know a few lah.
Me: (da start gabra) err...so siapa boy baru A?
Erni: This production crew lah....saper ekh nama dia....starts with F..
Me: *gulp* (big one)
Erni: ahh!!! F***l

Nasib baik.
Kalau tidak, tak taulah apa nak cakap.
And just to confirm, I showed a picture....
"Erni: Ouh...bukan dia..."
.....doubts cleared.
Bukan apa, I remembered cautioning him.
Just hope he still remembers.

To all Mini Monsters (click name) facilitators,

YOK BERHIBUR SAMBIL BELAJAR!!!!!

Wassalam

Tuesday, July 27, 2010

MAAF

Assalammualaikum Wr. Wb

I'm glad that I went to the Majlis Nisfu Syaaban at 
Masjid Sultan earlier on.
 A definite soul cleansing.
 Alhamdulillah.

"Sesungguhnya hambaMu ini amatlah kerdil dibandingkan kebesaranMu Ya Allah."

Praise to Allah Almighty for that one chance I had just now to hear Ustaz Shafi conduct an impromptu tazkirah after the event.
My intention was to salam him and then make my move.
However perhaps Allah wants me to hear what Ustaz Shafi has to say.

As he was addressing a fellow jemaah regarding an issue, 
I decided to join the few others who were surrounding both of them.
(bukan kepo yer...hormat...takkan orang tengah berbual, kita terus enter frame nak salam...)
The issue that was touched by Ustaz Shafi was
AMARAH.

He explained what is AMARAH or rather perasaan marah is, in Islam's perspective,  
its consequences and how to overcome it.

Few things he said stunned me and caused me to tear, there and then. 
Can't exactly quote but roughly along these lines.....

".....Perasaan marah sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia. 
Tetapi sekiranya tidak dikawal bahkan dibiarkan menguasai diri, ia akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain yang dimarahinya......" (i swear i felt as if Ustaz Shafi was addressing this to me).

Then, he looked to each and everyone around him, including me and said,

" Cuba anda bayangkan.
Anda marah dengan si folan. 
Anda herdik, maki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat. 
Anda jatuhkan martabat beliau.
Pernah anda fikir tentang perasaan si folan ini?
Marah anda, anda kira. Marah beliau?
Disebabkan tindakan anda, si folan ini jadi marah juga kepada anda. 
Jadi, di mana kesimpulannya?
Tiada titik noktah. 
Amarah yang berpanjangan.
Walau teruk mana pun kesalahan si folan terhadap anda, 
anda lebih berdosa kerana anda telah membiarkan 
Syaitan meniup-niup dan menyalakan api amarah dalam diri anda.
Disebabkan melayan perasaan marah lah, ibu dan anak terpisah, perkahwinan berakhir dengan penceraian, persahabatan terputus...." 


Subhanallah.
It was exactly at this part that I teared. 
My mind played flashbacks to the past.

....Ya Allah, daifnya hambaMu ini....

He ended the tazkirah by saying to the fellow jemaah he initially spoke to,

"Hapuskan amarah mu dengan meminta maaf pada orang terakhir yang kamu marahkan dan InsyaAllah pada lain yang lepas2 juga. 
Perlahan2 kamu akan dapat mengatasi amarah mu."

And I am doing just that.
To a dear friend whom I have hurt.
I hope she is reading this.


Kyn, 
Mamang minta maaf.
Maaf diatas kata-kata kesat yang Mamang tujukan kepada Kyn.
Maaf kerana buruk sangka terhadap Kyn.
Maaf kerana menyakiti hati dan menjatuhkan maruah Kyn.
Maaf kerana bersikap angkuh dengan tidak usul periksa perkara sebenar.
Maaf kerana berdendam dengan Kyn.


Mamang sedar apa yang Kyn buat adalah untuk kebaikkan semua pihak.

 Tapi percayalah Kyn, 
Jujur Mamang katakan Mamang tiada niat sedemikian rupa terhadap dia.

Sekarang terpulang pada Kyn.
Mamang yang lebih bersalah terhadap Kyn kerana tindakan Mamang.
Maafkan atau tidak, terserah kepada Kyn.

Dillah,
I knew you knew who I was furious at when we had the conversation back then.
To you too, i'm sorry if I've one way or another hurt you while I was
blatantly attacking your best friend.

To these 2 beautiful ladies,
I'm Sorry.


psst: Iah...mana mamang ada *POOF* hilang. kan ada pat sini. (",)

Wassalam

Monday, July 26, 2010

YET ANOTHER RANDOM ENTRY

Assalammualaikum Wr. Wb.

Kita dilanda wabak penyakit M yang teramat sangat.
Macam tak kuasa nak buat apa2.
Maybe pasal semalam penat sangat berdiri mengirai Roti Kirai.
Tapi walau apapun Alhamdulillah, semangat macam berkobar2 masa keluar rumah nak menuju ke sini

Menu hari ini?
Setakat tanak nasi dan panaskan lauk kari semalam.
Macam lagi sedap lauk kari tu bila dah disimpan semalaman.
Kesian budak2 tu pat rumah.
Tunggang langgang kita tinggalkan dorang.

Anyway, apa yang menyebabkan kita frust tonggeng adalah kerana kita terpaksa menge-shelve 
Project Bakeless Oreo Cheesecake kita.
Pasal tak cukup bahan.
Alhamdulillah semua dah ada tapi cuma satu benda je takde.
Gelatin

Puas kita cari gelatin yang halal.
Dekat NTUC dan Shop N Save pat Bt Batok takde.
Kita cari pat Cold Storage Holland pun takde.
Sampai ke Bugis kita cari.
Pun takde.
Ada tu ada tapi tak halal.
Tak berani lah nak pakai.
Dah lah banyak dosa, bertambah-tambah nanti. hehehe.

Jadi terpaksa lah kita postpone project ni.
InsyaAllah besok kita akan ke Sembawang MRT cari dekat kedai jual ramuan2 untuk buat cake .
Entah masih ada ke tidak kedai tu.

Kita ni sekarang tengah pat luar.
Dekat Masjid Sultan.
Majlis menyambut Nisfu Syaaban bersama Darul Fikrah pimpinan Ustaz Shafie.
Bagus Masjid Sultan ni ada Wireless.
Alhamdulillah.
Ramai orang pat sini.
Sama2 mencari keberkahan sempena Malam yang penuh manfaat, barakah dan rahmat selepas
Malam Lailatul Qadar.

Salam Nisfu Syaaban semua.

Wassalam

OF A BELATED WISH AND RANDOM THOUGHTS AGAIN

Assalammualaikum Wr. Wb

Here's wishing a dear relative merangkap friend of mine
ZOUL
a belated but with much thought, warmth and love,
HAPPY 22nd BIRTHDAY BRUDDER!!!

Allah panjangkan umur Mu dan diberiNya kpadamu, Barakah dan limpah kurniaNya.
Semoga kamu diberi juga ketenangan hati, kesihatan dan kebahagian disamping yang tercinta.
Moga segala apa yang dihajati dipersenangkan oleh Nya.
InsyaAllah...Amin Ya Rabb!

Totally forgot about his birthday which falls last 19th.
Realised it when I just checked my Facebook today.

Anyway, I'm sure he had a blasted 22nd.
________________________________________________________

Coming Saturday, the 31st, will be my family annual Kenduri Arwah before Ramadhan.
Gonna be held at Mama's place.
This conversation took place just now morning.

Bik Idah: Eh....nanti kenduri kau masak sambal udang dengan telur macam hari tu punya eh.
Me: Masak pat ne?
Bik Idah: Errmmm.........Masak pat rumah mak kaulah...
Me: ????? Orang kena pegi sanalah ni?
Bik Idah: Abih? 
Me: Dah gila?
Bik Idah: Hahahaha...tau...alah acah jer....
Me:?#&%$*#&#^

And she has been doing this quite often.
Sometimes when the phone rang she would answer and then would go,
"...Eijam!! Mak kau..." making my heart skipped.
Only to find out that she was joking.
Once, somebody was at the door, and looking at the door hole she went,
"..Ekh!!! Bapak kau!" making my heart literary stopped.
Only to find out it was somebody else.

Cekik darah peh Makcik! LOL! 
Lurve her nonetheless.
We share the same favorites.
One of them....


DURIANS!
In fact, everyone in the family is a Hantu Durian.
And she is a real fan I tell you......


The whole fridge, in fact, the whole kitchen will smell of this bugger...
I foresee bubur durian in a few days time.

It's kind of ironic that the durian has to share this entry of mine with it's hated nemesis.
The person right on top whom I just wished a belated birthday.
LOL!


And another random thought which just flashed through my mind.
Since Ramadhan is coming, it would be nice to have an Iftar at
Royal Plaza on Scotts' 
Carousel.

Very nice spread they have for Iftars.
And of course with the selected 'geng-jahat-tak-fasih-cakap-melayu-except-me' few....hehehehe


PLEASE PLEASE PLEASE............


 Next project, 
Bakeless Oreo Cheesecake.
Will do it later tonight and
InsyaAllah, if succeed, on Tuesday, 
DuaM's Rentak Cilik instructors will be my victims!
Muahahahaha!!!

Semoga Berjaya Zam!

Wassalam

ROTI KIRAI DAN KARI AYAM

Assalammualikum Wr. Wb.

Today, Cik Kiah's daughter got married. 
Cik Kiah ni tak taulah apa pertaliannya tapi ada jugak bau-bau bacang. 
And she has been there in EVERY of my family events if she was invited.
Arwah Nenek pesan, "...kalau Kiah buat majlis, korg dijemput, jangan tak pegi. Dia tak pernah tak datang kalau aku jemput...."
Bik Idah asked me along but for some reason which will be explain in a sort while,
I decided not too.
When she came back she said,
"Sayang kau tak ikut...ramai orang racecourse turun...bla bla bla.....Anak nya kahwin orang putih. ....bla bla bla.....ada dikir barat...."
JENG JENG JENG....

You see, Cik Kiah's youngest son, Erfin, is ALSO from dikir barat. 
From Mak Yong Kedek.
Arr.....kenalah tadi tu dorg turun full force and DIA ada.....
Nasib baik lah kita ni tak ikut.

Enough of the blabbering (but hey...It's my blog!).
Extra rajin today and decided to do Roti Kirai with Kari Ayam.
Another successful first time attempt!

Another pat at the back Zam!

KARI AYAM


Bahan-bahannya:

Bahan menumis:
6 ulas bawang merah kecil - dimayang
4 ulas bawang putih -
dimayang
3 cm halia -
dimayang
3 tangkai daun kari
(kita tak pakai langsung)
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga 















Bahan Utama: 
1 ekor ayam - potong 12 (seperti biasa, kita pakai kepak ayam je)
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili atau cili kisar
2 cawan santan
5 biji ubi kentang
- belah ikut suka hati.
3 biji tomato
- belah 4 (kita tak pakai)
1/2 cawan perahan air asam jawa
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk menumis 





Dalam balang tutup merah ni asam jawa. Janganlah pakai semua ye. Agak2 lah. Malas nak keluarkan masa petik gambar ni.







Cara-caranya:





Panaskan minyak dan dengan ungkapan Bismillahhirohmannirahim, masukkan rempah 4 beradik (cengkih, pelaga, kayu manis, bunga lawang)










Masukkan bawang, bawang putih dan halia yang telah dimayang kesemuanya. Tumis hingga naik bau.









Masukkan rempah kari dan serbuk jintan manis. Masukkan juga cili kisar yg dibancuhkan dengan perahan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak.



 







Masukkan ayam dan kentang.









Masukkan santan. Biarkan hingga mendidih hingga ayam dan kentang empuk.

*Tips: Ini Bik Idah yang cakap. Kalau nak sedap, masa menumis sampai lah part ni, api takmo kuat sangat, biar rempah semua betul2 masak. Tips ini menjadi!





Perlahankan api dan biarkan hingga pecah minyak. Lepas tu kita derhaka sikit dari cara yang diberi,. Kita masukkan semangkuk air. Biar kuahnya cair sedikit. Kalau tak, kuahnya pekat sangat. Then again, terpulang pada citarasa masing2 ye.





ROTI KIRAI


Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3/4 susu cair Carnantion (atau brand sewaktu dengannya)
air secawan
secubit garam















Cara-caranya:

Gaul semua bahan. Nak senang pakai blend. Tahap2 ye. Jangan sekaligus. Takut tak muat.





Kemudian tapis adunan agar adunan tidak bergentil. Ini supaya adunan senang keluar dari acuan kirai apabila dikiraikan di kuali nanti dan tidak tersekat2.









Part ini lah paling seronok dan memenatkan. Hehehe. Gunakan sedikit minyak sahaja.
The end result terpulang pada anda semua. Kita lipat dua kemudian kita gulung. DAN, kita lapiskan dua keping jadi gulungan kirai kita tebal.






Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.
Alhamdulillah. 

Hidangan ini sesuai dihidangkan masa ber-iftar di bulan Ramadhan yang akan datang.


 Wassalam