Assalammualaikum Wr. Wb.
Sebaik sahaja kita selesai menge-post-kan entry terakhir kita,
kilat sambung meyambung, guruh berdentam-dentum, halilintar memanah bumi.
Aisey bedah, macam real jer.
Tapi part guruh tu memang betul lah kan. Hujan tak semena-mena.
Nasib baik tak berlarutan. kalau tak, siap banjir lagi lah Singapura ni.
Issshhh...takuttt....sejak dua menjak ni, makin kerap laporan2 di dada akhbar serta di kaca TV mengenai banjir di sana sini. Paling teruk beberapa minggu lepas, di tengah2 Orchard Road.
Begitu sensasinya berita di ketika itu. Bak kata orang Malaysia, Gempak woi!!!
Maklumlah orang Singapura ni jarang jumpa banjir.
K k...kita dah jauh melalut. LOL!
Hujan dah berhenti tapi cuaca masih dingin.
Terdetik di dalam lubuk hati hendak minum petang.
Siapalah lah nak layan kecuali diri sendiri Cik Kiah oi....
Jadi oleh itu, sebelum mula masak, kita jamu lah diri kita dengan
sajian petang buatan sendiri buat pertama kalinya,
Cucur Ikan Bilis & Taugeh.
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung naik sendiri
1 cawan ikian bilis - direndam lalu disaring
1 cawan taugeh - dibuang hujungnya (kita tak kuasa, campak je dalam)
1 telur
1 telur
1 bawang besar - dihiris
2 cili hijau/merah - dihiris
2 cili hijau/merah - dihiris
1/2 sudu teh lada sula/pepper
secubit garam
1 sudu serbuk SEDAP RASA MAGGI (ni ramuan rahsia kita *winks*)
1 cawan air untuk adunan - kalau adunan pekat sangat pandai2 tambah ye.
minyak untuk menggoreng
1 cawan air untuk adunan - kalau adunan pekat sangat pandai2 tambah ye.
minyak untuk menggoreng
gambar atas ni, bahan-bahannya kita kali 2. Untuk jimatkan masa. Besok2 tinggal goreng jer.
Cara-caranya:
Gaul semua bahan. Cuit sedikit adunan dan rasa. Walaupun mentah tapi tak matilah Cik Kiah oii kalau nak rasa sikit. Ini adalah untuk mengelakkan dari nasi menjadi bubur, ice menjadi ice cream, kacang menjadi kuah sate...(LOL)....iaitu mendapati cucur terasa tawar apabila sudah siap. Dah tak boleh buat apa dah kalau dah gitu. Oleh itu, cuit dan rasalah adunan tu sikit dan tambah lah apa lah patut. (part ni lah kita bubuh ramuan rahsia kita, serbuk PASTI SEDAP MAGGI). Kemudian dengan menggunakan sudu, ambil sedikit demi sedikit dan goreng lah ia.
adunan sudah siap untuk digoreng
Azab yang perlu mereka lalui sebelum ke perut kita semua.
Setelah warna cucur emas kekuningan, angkat dan toskan. Enak dimakan dengan sos buatan sendiri atau kalau malas macam kita, KIMBALL THAI SAUCE menjadi pilihan. Weee!!!!
Kena pulak dengan air teh susu...
TERANTUK CIK KIAH!!!!!!!!
Wassalam...
No comments:
Post a Comment