Friday, July 23, 2010

AYAM KUAH BISTIK

Assalammualaikum Wr. Wb.

Sesungguhnya kita telah mungkir janji. Hehehe.
Selepas sholat Isyak semalam, kita dengan tetiba dilanda penyakit M yang begitu kuat sekali.
Malas ler....hehehe
Hajat dihati nak lelap sekejap, bangun tengah malam gitu baru duk mengadap laptop ni.
Tup tup bangun jer dah Subuh
Penat sangat kot.

Tanpa berlengah lagi, inilah dia resepi bagi 
Ayam Kuah Bistik.

Ni lauk buat semalam. Dah habis pun. 
Syukur Alhamdulillah.


Bahan-bahannya:

1 ekor ayam - dipotong ikut suka hati. (ideal 12 lah ye. Tapi kita pakai kepak2 ayam. 8 keping.) Ayam dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng. Ketepikan.














3 biji kentang - dipotong 4 atau 6 lalu digoreng. Ketepikan.














2 biji bawang besar - satu biji di kisar dan satu lagi dihiris nipis/bulat
5 ulas bawang putih - dikisar
halia - dikisar
cili kering - dikisar (takmo banyak sangat...dua sudu cukup)
sebatang serai di titik 
1/2 sudu besar jintan halus - disangai (goreng tanpa minyak) lalu tumbuk halus
1/2 sudu besar ketumbar - disangai (goreng tanpa minyak) lalu tumbuk halus
rempah 4 beradik - kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang, bunga cengkih
1 sudu besar sos cili
kicap manis
asam jawa di bancuh dgn air
garam, gula dan serbuk perasa (jka suka)
minyak untuk menumis



















Sebelum tu kita tunjukkan dulu jintan dan ketumbar di buatnya macam mana.




jintan disangai







ketumbar disangai







dicampur lalu tumbuk halus







hasilnya





Cara-caranya:




Masukkan rempah 4 beradik





 Masukkan campuran jintan dan ketumbar







Masukkan cili kering yang telah dikisar





 Masukkan serai dan bahan kisar yang lain (bawang besar, bawang putih dan halia) *kalau nak part ni bole masukkan satu sudu besar rempah bistik yang dijual di kedai untuk menambahkan lagi rasa bistiknya. Kalau takde takpe.Kita pun tak pakai.



Tumis hingga naik bau




Masukkan hirisan bawang besar







Masukkan sos cili







Masukkan kicap





Masukkan perahan asam jawa. Kacau rata kemudian masukkan serbuk perasa dan gula secukupnya. Kita ada taruk extra sikit. Untuk menaikkan lagi rasa, kita taruk serbuk Pasti Sedap Maggi.....








Rahsia ku....hehehe







Kalau sekiranya terlampau pekat, taruk air semangkuk dan pandai2 lah adjust rasanya.(Part ni lah serbuk Pasti Sedap Maggi memainkan peranan. Dan kita juga percaya serbuk rempah bistik pun sama. Tapi belum cuba.) Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu.



Hidangkan dengan penuh kasih dan sayang.
Alhamdulillah.

Ini adalah resepi dari Arwah Nenek
Selalu masak lauk ni bila ada kenduri. 
Tapi kita derhaka sikit pasal kalau Arwah nya buat selalu dia pakai daging.
Kita pakai ayam. Part tu je derhaka nya. 
Hehehe.


Wassalam

No comments:

Post a Comment