Assalammualaikum Wr Wb...
SALAM SATU MALAYSIA DAN
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN BAGI RAKAN2 DARI MALAYSIA!!!!!
Sungguh tak kena ucapan ni dengan tajuk entry ni.
Tapi bukankkah ini satu keukhwahan?
Yang tulis orang Singapore, masak lauk Indonesia,
lepas tu beri ucapan pada rakyat Malaysia.
Class kan!!!
Maaflah sangat2 kerana kita begitu sibuk hujung minggu yang lepas.
Semalam pulak memang tak kuasa nak buat apa2.
Sibuk dengan apa?
Sibuk dengan projek2 kita Cik Kiah oi....
Sabtu dan Ahad, ni jelah mampu kita buat....
Itu semua adalah tempahan yang orang2 buat melalui kita.
Terima kasih lah pada semua yang sudi tempah kuih tart ni dan juga di atas kepercayaan anda.
Kalau sedap, tahun depan order lagi ye!!!
Mestilah sedap pasal dah test try lepas tu order kan!
Heheheh..iskh! takbur takbur....hiyakdush!!!! (pada diri sendiri)
K k....dah jauh dah melalut...
Sabtu lepas kita buat Ayam Masak Palembang.
Itu jelah masanya kita buka stove.
Ahad dan semalam, Bazaar Ramadan Jurong jawabnya.
LOL!
Resepi ini pun dapat dari, biasa jugak, tak lain tak bukan, Kak Ayu.
Maaflah tak de gambar bahan dan cara2 langsung.
Pasal kita dah kelam kabut buat lauk ni.
Ada story sikit.
Mula2 ingatkan tak jadi lauk ni.
Masa kita taruk santan, terus pucat jadinya.
Kita ingatkan salah, pasal Kak Ayu cakap taruk 2 cawan santan.
Kak Ayu tak cakap santan cair ke pekat.
Kita pun taruk je santan pekat.
Tetiba je jadi pucat.
Berkat pengalaman yang tak seberapa ni, kita decided to wait.
Dalam 5 minit gitu, baru warnanya jadi kemerahan.
LOL!
Nasib baik, kalau tak...telefon dah standby da nak call KFC!
Kak Ayu punya digoreng kemudian kuahnya disira di atas.
Kita punya goreng jugak lepas tu humban terus dalam kuahnya.
AYAM MASAK PALEMBANG
Resepi dari: curlybabesatisfaction.blogspot.com
Mintak izin Kak Ayu post resepi pat sini....
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - dipotong kecil kemudian digoreng (kita biasa jugak pakai ayam kepak)
5 biji bawang besar dipotong bulat
200g bawang kecil dibuat bawang goreng - kita pakai bawang goreng dah siap.
1 ekor ayam - dipotong kecil kemudian digoreng (kita biasa jugak pakai ayam kepak)
5 biji bawang besar dipotong bulat
200g bawang kecil dibuat bawang goreng - kita pakai bawang goreng dah siap.
Bahan2 Kisar:
15 biji bawang merah kecil
3 biji bawang putih
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan halus
20 biji cili kering
1 cm lengkuas
2 batang serai
Bahan2 tumis:
5 kuntum bunga cengkeh
3 biji buah pelaga
2cm kulit kayu manis
1 biji kelapa- diambil 2 cawan santan
2 keping asam gelugur/asam keping
11/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
3 sudu makan minyak untuk menumis
Method:-
Ayam dibersihkan, dipotong kecil, dibubuh garam dan kunyit. Kemudian digoreng dan diketepikan. Panaskan 3 sudu besar minyak, kemudian tumis bunga cengkeh, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bahan2 giling dan tumis hingga garing. Masukkan santan, garam, gula dan asam gelugur. Biarkan santannya mendidih dan pekat sedikit, baru masukkan ayam dan bawang besar potong bulat, gaul rata dan biarkan mendidih lagi. Bila menghidangkan taburkan bawang goreng diatasnya.
No comments:
Post a Comment